Artis / Selebriti
” Penat aku tunggu suara dia keluar. Lawak lah Anzalna ni, mengekek aku gelak.. ” – Komen Netizen
Video Anzalna cuba untuk menyanyikan lagu Amira Othman, Dalam Sujudku ketika sedang live buat ramai terhibur. Adoi, macam tu je dia gula-gulakan viewers. Makin kelakar lah Anzalna ni. Berdekah dibuatnya, haha..
Pelakon dan usahawan jelita, Anzalna Nasir bukan sahaja dikenali dengan kecantikan serta keanggunannya, malah telatahnya yang spontan dan kelakar sering mencuri perhatian ramai. Walaupun bergelar selebriti terkenal, Anzalna sentiasa tampil dengan sikap sempoi dan bersahaja, menjadikan dirinya antara selebriti yang paling disukai di media sosial.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik chuian09, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Anzalna sedang live bersama para pengikutnya. Menerusi video tersebut, ada yang meminta Anzalna menyanyikan lagu Dalam Sujudku nyanyian asal oleh penyanyi, Amira Othman.
Namun, apa yang mencuit hati adalah telatah Anzalna yang cuba mengelak daripada menyanyi. Pelbagai alasan diberikan olehnya kepada para peminat. Anzalna dilihat sengaja melambat-lambatkan untuk mula menyanyi sehingga membuat ramai yang tertunggu-tunggu.

Komen warganet, mereka ‘terkena’ dengan Anzalna kerana sampai di penghujung video, Anzalna langsung tidak menyanyi. Sehingga kini, video perkongsian Anzalna itu telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@chuian09 Cubaan @anzalnanasir untuk menyanyikan lagu @Amira Othman Dalam Sujudku tapi akhirnya sampai sudah tak keluar suara 🤭😆 #amiraothman #anzalna #anzalnanasir #dalamsujudku
Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur menonton video ini dan pelbagai reaksi turut diberikan. Antara komen-komen menarik yang ditinggalkan adalah :
” Penat aku tunggu suara dia keluar. Lawak lah Anzalna ni, mengekek aku gelak.. Dah berapa kali sujud dah ni aku pun dia tak nyanyi2 lagi.. “
” Tunggu juga sbb best tengok dia cakap.. Dah dapat rasa dah dari awal memang dah kena scam dah.. Apa boleh buat kan, haha.. “
” Suara dia sedap mcm Dato’ ct tp tuh la dia tak nk show off bakat dia so cute.. Adoiii hahahhahaha terhibur tau.. “
” 10 years later, gitu je kita digula2kan dia.. Kalau anak i tak tidur nanti i nyanyi anak i suruh i senyap.. Sabar je kena tipu, nasib cantik, haha.. “
” Usaha aku tunggu.. Letih laaa.. Main2 betul lah Anzalna ni.. Tak baik tau awak kecewakan kami.. Punya lah teruja nak dengar awak nyanyi.. “
” Kata nak nyanyi pastu sedih pulak geram jekk.. Anzalna ni cepat terhiburkan, sakit pinggang pon dia gelak, suka tengok dia… Chantekk.. “
” Tak boleh betul tgk dia mlm td, dengar nak nyanyi pun kita da tergelak. Smpi ke sudah tak kuar suara pun.. “
Alahai, memang kelakar melihat gelagat Anzalna yang tetap tidak mahu mengaku dirinya tidak pandai menyanyi. Namun begitu, gaya dan keyakinannya tetap nombor satu. Paling penting, Anzalna sentiasa menghiburkan serta menceriakan dengan keletah spontannya yang mencuit hati.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok chuian09
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

