Artis / Selebriti
” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Anzalna, Eidrees ketika muncul sebagai penyampai award Gempak Most Wanted 2025 bersama Anzalna dan Hanif Zaki buat ramai terhibur. Adoi Eidrees, direct terus eh tanya mummy. Kelakar betul Eidrees ni, haha..
Bagi yang selalu mengikuti live pelakon cantik, Anzalna Nasir pastinya sering mendengar celoteh anak sulungnya, Eidrees. Si kecil ini sangat petah bercakap dan ada sahaja ayatnya yang mencuit hati warganet. Eidrees juga banyak persamaannya dengan Anzalna lebih-lebih lagi cara ketawa.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak dan Official Hlive, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan telatah Eidrees muncul sebagai salah seorang penyampai anugerah di Gempak Most Wanted Award 2025 semalam.
Celoteh Eidrees bersama kedua ibu bapanya, Anzalna dan Hanif Zaki di pentas membuatkan penonton terhibur dan ketawa. Pada permulaan video, Eidrees muncul sendirian meninggalkan mummy dan daddynya di belakang. Memulakan ucapannya dengan ucapan Assalamualaikum, penonton di dewan menjerit-jerit melaungkan nama Eidrees.

Hanif mengatakan kepada umum bahawa Eidrees ini banyak mengikut perangai Anzalna. Anzalna pula mengiyakan dan spontan bertanyakan kepada Eidrees, adakah Eidrees ingin menjadi seorang selebriti. Jawapan Eidrees memang di luar jangkaan, dan ianya membuatkan penonton berdekah mendengar pertanyaannya kepada Anzalna.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia jangan gelak je budak ni.. kalau gelak, habis haha.. mama diaaa ketua nyaa, sorang gelak semua berjangkit.. “
” Nasib dia tak gelak ehh kalau dia gelak terus tak jumpa titik hentikan gelak dia tu haha.. kelakar sangat Eidrees ni.. “
” Part “mommy betol2 laaa you nak duit ke taknak duit” berdekah satu rumah weiiii haha.. cute betul Eidrees ni.. “
” Nasib dia tahan gelak, kalau tak haru.. skarang ni siapa yang mata duitan, mummy ke Eidrees haha.. “
” Comel lah Eidrees, pandainya kenakan mummy ye Eidrees.. Ahhh sudah eidrees mendonia. mummy u nk duit ke tak nak hahahhaa.. “
” Alahai eidrees, kenapa comel sangat ni. Eidrees memang tranparent kan. direct je dia tanya mummy depan semua orang, kelakar lah Eidrees.. “
” Eidrees… terkedu mummy dapat soalan cepu emas daripada Eidrees ni.. comel je tanya mummy nk duit ke tak.. perangai kelakar macam mummy sangat ni.. “
Ketawa besar penonton yang berada di dewan dan di rumah mendengar ayat Eidrees kepada Anzalna itu. Eidrees memang anak yang jujur dan kelakar, sama perangai seperti mummy nya itu. Apa-apa pun, semoga Eidrees terus menjadi anak yang soleh dan kebanggaan keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG Official Hlive
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ish geram betul budak comel ni, makin banyak mulut sekarang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin

