Artis / Selebriti
” Adoi tarian apa ni Kamal oii. Macam nak kena ruqyah je, haha.. ” – Komen Netizen
Video Kamal Adli menunjukkan bakat menarinya yang belum pernah dipertontonkan kepada umum buat warganet terhibur. Adoi Kamal, menari gaya apa ni. Dah macam kena rasuk je. Berdekah tengok Kamal menari macam tu, haha..
Kamal Adli antara muka baru yang dilantik sebagai duta Jakel untuk musim 2026. Kamal juga antara duta yang menjadi perhatian ramai. Setiap kali pihak Jakel memuatnaik video promosi Jakel, pasti ada sahaja gelagat Kamal yang mencuit hati warganet.
Bagi peminat setia Kamal, pastinya sudah masak dengan perangai Kamal yang happy go lucky dan masuk air. Walaupun Kamal sedang menghadapi masalah, namun figura ini akan selalu mengukirkan senyuman dan cuba menghiburkan orang sekelilingnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kamal Adli, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Kamal membuat satu video iklan untuk Jakel. Kali ini, Kamal menunjukkan bakat menari yang dimilikinya. Kata Kamal di ruangan kapsyen, ini adalah side Kamal yang peminat tidak pernah nampak.

Kamal menunjukkan kehebatannya menari dan ternyata Kamal memang lincah menari. Namun tarian Kamal itu membuatkan warganet terhibur. Entah tarian apa yang Kamal tunjukkan dan ianya antara tarian yang paling kelakar yang pernah ditonton oleh warganet.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bapak g1la terro.. Hahahaha, Mahal ni kena bayar kalau nk mintak jadi dancer.. jangan tunjuk dekat Hawra please hahah.. Adoiiii parak laaa, ni tarian apoooo kamal haha.. “
” Dato’ Aliff Syukri, dekat sini seorang lagi penari dato’ tertinggal haha.. tak pe mal.. aku suka ko mcm ni, enjoy your life.. kawan-kawan ramai.. “
” Cukup ketua thread kami malu Hahahahaha. lucuuuu laaa. kamal please berlakon je ye. kami suka tengok Kamal belakon. kalau tengok menari ni, macam ketat dada ni.. mintak nyawa haha.. “
” Macam nak kena ruqyah je tengok tarian.. ok ok, akak rasa kamal nak bagi info, baju jakel tahan lasak la ni ye. ok faham.. “
” Hanger mana hanger haha.. berbakat sangat Kamal Adli menari.. betul-betul bakat terpendam… harap terus dipendamkan.. “
” Hawra tngk ayah ni dah kena sampuk haha.. dah jgn hilang macho kamal adli behave please .. baju ni approved tahan lasak haha.. “
” Adoi tarian apa ni Kamal oii.. kejung terus tengok Kamal menari camtu.. Elok biar kita org terus x tahu je bakat kamal. Ok simpan leklok eh.. “
Kamal semakin ceria seperti dahulu dan ini menggembirakan peminat Kamal. Mungkin bakat menari Kamal ini boleh terus dipendamkan, hehe. Apa-apa pun, perkongsian ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur dengan telatah oleh Kamal itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kamal Adli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

