Artis / Selebriti
” Macam drama tapi lagi best sebab ni real story. Kan seronok buat pre wedding lepas kahwin, dah halal.. ” – Komen Netizen
Video post wedding Fattah Amin dan Amira Othman di Switzerland raih perhatian ramai. Indahnya takdir Fattah dan Amira, 2 haluan berbeza tetapi akhirnya menjadi satu. Komen Bell Ngasri buat ramai terhibur, Amira pun ada respon, haha..
Fattah Amin dan Amira Othman, siapa sangka pasangan ini akan bertemu dan hidup bersama. Allah sudah menetapkan jodoh mereka untuk hidup bersama. Fattah dan Amira kedua-duanya mempunyai kisah kehidupan yang berbeza.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Fattah Amin, telah dikongsikan satu video post wedding mereka yang dirakamkan selepas Fattah dan Amira sah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Lokasi Switzerland menjadi pilihan mereka dan keindahan ciptaan Allah dapat dilihat menerusi video ini.
Berlatar belakangkan gunung ganang bersalji, kebahagiaan terpancar jelas pada wajah Fattah dan Amira. Video ini turut diselitkan pasangan ini bermonolog mengenai kehidupan mereka. Mereka umpama 2 keretapi yang berbeza haluan dan pada akhirnya Tuhan yang menjadi penentu segalanya.

Siapa dapat menidakkan takdir Allah, begitu juga Fattah dan Amira. Allah yang menjentikkan rasa cinta dan kasih dalam hati mereka sehingga mereka bersama kini. Kebahagiaan yang Fattah dan Amira cari dan mohon daripada Allah, akhirnya mereka perolehi.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-k0men yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Semoga nadia amira bt othman adalah isteri, cinta dan jodoh Terakhir utk abdul fattah bin mohd amin, bahagia hingga ke syurga. Aamiin ya mujib.. “
” Suka dgn sifat fattah and amira yg apa ii mesti letak Allah dulu . such an inspiring married couple.. “
” Ya Allah Engkau kekalkan lah hubungan kasih sayang antara mereka berdua sampai hujung nyawa serta kuniakan keluarga yg sakinah mawaddah warahmah Aamiin lurveee.. “
” Mcm drama .. tp lg best sbb ni real story masya Allah semoga perkahwinan yg dibina kerana allah ini kekal bahagia sakinah mawaddah warahmah hingga kesyurga allah. aaminn allahumma aaminn.. “
” 2 insan tidak pernah bertemu.. berselisih tanpa suara dan akhirnya bersua kerana Allah pertemukan mereka. Sungguh indah percintaan kerana Allah. Semoga kalian dilindungi dan menyayangi antara satu sama lain wlpun beribu tahun. Aamin.. “
” Kan seronok buat pre wedding lepas kawin.. dah halal… Alhamdullillah smga bahagia hingga ke syurga FA & AO.. Aamiin.. “
” Hebat aturan dan rahsia Tuhan. Semua indah pada akhirnya, moga berkekalan bahagia hingga ke Jannah.. Allah Sebaik2 Perancang.. “
” Masha Allah tabarakAllah.. comelnyee korg. hebat sungguh aturan jodoh buat Fattah & Amira.. syukur ya Allah.. berkat sabar, doa, tanda berserah 100% pada Allah, akhirnya bersatunya dua hati ini. kami sentiasa doakan yg baik2 buat kalian berdua.. terus berkasih syg, diperluaskan rezeki, punya anak2 yg rmi yg soleh solehah.. aamiiinnn.. “
Komen daripada Bell Ngasri turut mencuri perhatian warganet :


Tumpang gembira warganet menonton video post wedding Fattah dan Amira. Aturan Allah yang paling indah untuk Fattah dan Amira. Semoga rumahtangga Fattah dan Amira berkekalan sampai ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Weh merah padam muka Bella. Syok ek korang kenakan Bella, haha.. ” – Komen Netizen

