Artis / Selebriti
” Dia train terus jadi macam dia. Kami saksi kasih sayang YB pada anak-anak Bella.. ” – Komen Netizen
Video YB Syed Saddiq melatih anak-anak Bella Astillah, Ayden Adrean dan Ara Adreanna untuk Ironkid Langkawi buat ramai tersentuh. Sebak tengok cara YB Saddiq layan Ayden dan Ara..
Sebagaimana yang semua sedia maklum, hari ini akan berlangsungnya pertandingan Ironkid Langkawi dan anak Bella Astillah antara yang menyertai kejohanan ini. YB Syed Saddiq juga bakal bertanding esok untuk Ironman dan perkembangan mereka di sana dapat ditonton menerusi live yang dilakukan oleh pembantu peribadi YB Saddiq, Jack.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era, Syed Saddiq dan Tiktok Bassteam2025, telah dikongsikan moment-moment menarik yang memaparkan gelagat YB Saddiq melatih Ayden Adrean dan Ara Adreanna. YB Saddiq seorang yang sangat supportive dan penuh dengan aura positif.
Cara YB Saddiq melayani Ayden membuatkan ramai terharu. Kasih sayang daripada seorang lelaki yang tidak ada pertalian darah dengan Ayden tetapi Ayden dilayan seperti anak sendiri.Kasih sayang YB Saddiq untuk anak-anak Bella bukan hanya sekadar lakonan atau marketing dan ianya tulus dari hati.

Tumpang gembira warganet melihat kebahagiaan anak-anak Bella apabila bersama YB Saddiq. Sosok seorang ayah yang sesuai menjadi idola buat Ayden dan Ara. Ayden juga bersemangat untuk meneruskan misi Ironkid hari ini dan pastinya Ayden akan membanggakan YB Saddiq dan Bella.
Jom tonton video di bawah :
@bassteam2025 Goodluck for Ironman & Ironkid 🔥 #radenraykal #bass #langkawi #bellaastillah #syedsaddiq
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bayangkan 20tahun lagi, Ayden besar, berjaya, khwin dan ucapan dia “ to my beloved papa,Syed Saddiq…” pasti moment tu buat semua org terharu.. kami saksi kasih syg YB pada anak2 Bella.. “
” Bersyukurlah Bella dpt lelaki yg menyayangi anak kamu. MasyaAllah. Tabarakallah. Sygnya YB pd Ayden. Ya Allah mudahkanlah segala urusan mrk. Ameen.. “
” Bukti Allah hadirkan seseorang yg lebih baik andai kita redha dgn takdir. tq YB sygkan bella. Dia train anak dia terus jd mcm dia hahhahaha.. Loveeeee.. Happy family.. Goodluck YB dan Ayden.. “
” Masyaallah.. sweet family.. cinta hati BASS yg sweet tetap setia disisi.. Yb seorg papa yg penyayang sumber inspirasi Ayden. untuk berjaya.. mummy n papa sentiasa ada untuk Ayden memberi semangat dan sokongan yg hebat .. good luck Yb n Ayden.. “
” Ayden menjadikan YB idolanya.. bapak dari syurga ke ni.. He showing so much love for the kid.. papa kiriman tuhan.. “
” Semakin exposed yb future familynya. Menyalaaa.. semoga smua berjalan lancar,smpai ke garisan penamat dengan selamat, good luck ayden n yb.. “
” All the best Yb IRONMAN! and ayden for ironkid good luck to both of you.. Alhamdulillah..syukur..Antara rahmat n kasih syg Allah.. menghadirkn org2 yg baik n positif d sekeliling kita.. “
” Good luck IRONMAN Yb Syed Saddiq and IRONKID Ayden.. happy family – support each other.. semoga berjaya hingga ke penamat.. yb dah buktikan kasih sayang dia ikhlas untuk bella dan anak-anak, arghh aku sebak.. “
Saling menyokong antara satu sama lain dan pastinya Ayden dan Ara akan lebih bersemangat dengan adanya mummy dan papa Saddiq mereka bersama. Semoga beroleh kejayaan untuk Ironman Ironkid yang sedang berlangsung. Terus bersemangat YB Saddiq dan Ayden.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, IG Syed Saddiq, TT bassteam2025
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim


