Artis / Selebriti
” Wah caras mummy nampak adik. Mummy dah geleng kepala tengok peel adik, hehe.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Amyra Rosli, Ayra Aryssa Ketika Menjayakan Sesi Photoshoot Baju Raya Buat Warganet Terhibur. Alahai Comel Sangat Aryssa Joget. Overshadow Mummy Lah. Habis Lah Mummy Takde Job Nanti, Hehe !!
Amyra Rosli antara pelakon wanita yang seringkali menjadi tumpuan produk muslimah sebagai duta dan model. Masih lagi menjadi pilihan untuk koleksi baju raya Ariani, tahun ini anak perempuan Amyra, Ayra Aryssa turut sama tampil sebagai model kanak-kanak.
Meninjau akaun Tiktok Ariani os, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika sesi photoshoot dijalankan. Gelagat Aryssa yang comel pastinya menjadi perhatian apatah lagi dengan wajahnya yang cute persis abangnya, Anaqi.
Mudah memberikan kerjasama dan mengikut arahan photographer, telatah Aryssa yang suka berjoget mencuit hati semua yang ada di situ. Ketika disuruh membuat freestyle, Aryssa spontan menari mengikut rentak lagu Gangnam Style. Alahai, comel sungguh Aryssa.

Geram betul warganet melihat gelagat Aryssa itu. Kalau macam ini, tak mustahil Aryssa boleh mengganti tempat mommy nanti. Mommy pun ‘tenggelam’ apabila ada Aryssa, dah overshadow mommy ni Aryssa. Gembira sahaja semua orang sepanjang photoshoot tersebut.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@ariani.os Comel mummy & daughter ni 😂 #arianilebaran2024
@ariani.os Adik ni macam-macam tau 😘😘😘@Amyra Rosli @amarbaharin #ArianiLebaran2024
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Memang perangai anak no 2 sangat.. mak masih roleks tak nak jadi hijau. Adik busy nak menari Gangnam Style dulu la mummy hehe.. ”
” Dia keliru nak menari ke nak posing haha.. comel muka dia, ingatkan anaqi pakai rambut palsu hehe.. serupa betul muka.. ”
” Anak nombor 2 payah nak kontrol.. biar adik jer lah jadi artis mummy haha.. Berbakat & comeinya adik.. Like mother like doter ni.. cantik anak mira ni besar nanti.. ”
” Lawa anak Amyra ni, bijak pulak tu.. Wah caras mummy nampak adik hehe.. mummy dah geleng kepala tengok peel adik.. ”
” Tu dia adik Anaqi.. love nya tengok Ayra Aryssa ni. Jap nak habiskan menari ok, haha comel.. Anak nak overshadow mummy sudah, habislah mommy.. ”
” Sopannya dia menari, malu-malu gitu hehe.. cute anak Amyra, Amyra pun cantik dan berseri-seri gitu.. ”
” Makin besar makin cantik Aryssa. cantik macam mak ayah dia jugak. apeni dekkk, adoi laa vibe dia haha.. ”
Alahai Aryssa, tak mahu dia lagu lain dipasang, nak lagu Crazy Frog juga. Ikut kan je lah semua kehendak Aryssa. Kalau tidak, sampai ke sudah tak selesai sesi photoshoot. Apa-apa pun, semoga Aryssa menjadi anak yang solehah selalu dan bijak seperti mommy dan daddy.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ariana.os
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti6 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti5 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen



