Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia tau kebencian orang terhadapku, tapi dia.. ” – Datuk Red

Perkongsian Datuk Red setelah selesai majlis akad nikah bersama cinta hatinya, Rohanita buat warganet tersentuh. Alahai sebaknya baca kapsyen Tok Red, touching sangat.. 

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Abg Red dan Rhneita, telah dikongsikan video dan gambar sekitar majlis akad nikah Datuk Red dan pasangannya, Rohanita. Majlis ini diadakan di sebuah masjid di ibu negara beberapa jam yang lalu.

Datuk Red dan Rohanita mengenakan persalinan sedondon berwarna putih. Majlis ini dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan berlangsung dengan lancar. Sebelum ini, Datuk Red ada memaklumkan bakal mengakhiri zaman dudanya pada bulan Julai.

Sebagaimana yang dijanjikan, hari ini rasminya Datuk Red kembali bergelar suami. Menerusi perkongsian Datuk Red itu, turut dicoretkan satu coretan yang menyentuh hati warganet. Perkenalan mereka tidak lama, namun isteri Datuk Red sudi menerima dirinya seadanya.

Memetik komen warganet, ramai juga di kalangan warganet yang mendoakan kebahagiaan buat Datuk Red dan Rohanita. Harapan warganet agar bahtera perkahwinan yang dibina atas dasar cinta ini sentiasa tenang dan aman damai hendaknya.

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Kalo susah jgn lama sgt .. kalo kurang tu jgn kekalkan .. sebab hati ni xpasti .. cukup hari mesty mati .. dari terima sepenuh hati boleh jadi benci sepenuh hati juga .. btw semoa berkekalan dunia akhirat dan menjadi terakhir bagi keduanya.. “

” Wow tahniah tokred.. hargai lah dia kerana menerima tokred seadanya.. semoga korang berdua kekal hingga ke jannah.. “

” Alhamdulillah.. Tahniah.. Abg Red n Nita.. semoga hubungan berkekalan berbahagia hidup Sakinah Mawaddah Warahmah.. aamiin.. sedih pulak baca kapsyen tu.. “

” Semoga susah itu mnjdi rezeki selepas berkahwin.. tahniah both of you.. Alhamdulillah, betul Tok jgn lepaskan yg terima kekurangan kita seadanya dan sentiasa ada time kita susah.. Tahniah Dato Red & Nita, moga kekal bahagia hingga Jannah.. “

” Tahniah tok dan isteri semoga Allah melindungi dan menjaga akad nikah kamu berdua hingga ke jannah..

” Jadikan pengajaran hargai yg terbaru ni. semoga berkekalan hingga ke jannag sakinah mawaddah warohmah.. “

” Sudah halal.. Tahniah kamu Dato Red & isteri. Moga berbahagia hingga ke jannah. So happy for u. hidup perlu diteruskan dan hargai yang menerima kita dalam susah ataupun senang.. “

Sesungguhnya Allah sebaik-baik pengatur dan perjalanan hidup Datuk Red sudah diatur dengan sempurna. Semoga kehadiran Rohanita menyempurnakan kehidupan Datuk Red. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Abg Red, IG Rhneita

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Garnier

Trending

Copyright © Berita Kopak