Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia cakap dengan saya, dia malu nak kahwin dengan saya. Tapi.. ” – Rohanita

Perkongsian terbaru isteri Datuk Red, Rohanita mengenai Datuk Red yang ramai tak tahu buat ramai tersentuh.  Sebaknya baca perkongsian Nita, tak sangka sampai macam tu sekali..

Meninjau di akaun TikTok milik isteri kepada usahawan, Datuk Red iaitu Rohanita, telah dimuatnaik sebuah video yang menzahirkan sokongan penuh terhadap suaminya meskipun pelbagai dakwaan dan tohmahan terus dilemparkan kepada mereka.

Menerusi video tersebut kelihatan Datuk Red, atau nama sebenarnya Adnan Abu sedang bekerja mengangkat barang. Perkongsian tersebut memberi gambaran bahawa usahawan itu tidak pernah malu mencari rezeki dengan titik peluh sendiri demi meneruskan kehidupan.

Menerusi hantaran yang sama, Rohanita mengakui suaminya bukanlah seorang yang sempurna dan mempunyai pelbagai kekurangan. Namun begitu, sebagai seorang isteri, dia tetap percaya Datuk Red merupakan seorang lelaki yang bertanggungjawab serta sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk keluarganya.

Menurut Rohanita, dia sendiri menjadi saksi bagaimana suaminya gigih membanting tulang bagi melangsaikan hutang-hutang yang tertunggak sebelum ini. Baginya, segala pengorbanan dan usaha yang dilakukan Datuk Red membuktikan kesungguhannya untuk memperbaiki kehidupan dan menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

@rhnitaa

Ya Allah, Jika benar doa istri mampu menembus langit, maka izinkan aku merayumu dengan segala cintaku. Sebagaimana suamiku memuliakanku dengan segala cintanya. Maka muliakanlah ia dengan keberkahan hidup, kesehatan serta rezeki yang halal dan berlimpah. @abg red 🩵 Jagalah hatinya agar selalu tenang, lapangkan langkahnya dalam setiap ikhtiar dan bahagiakanlah dia sebagaimana ia membahagiakanku setiap hari 🩵

♬ original sound – ABIZAR MUSIC – ABIZAR MUSIC

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ini baru betul, menerima pasangan seadanya, bukan waktu tgah kaya je. Nita isteri yg hebat… Semoga Allah bagi rezeki yg baik… “

” Sebak pulak baca caption Nita.Saya dah follow lama Nan dan ex. Saya nampak usaha dia nak bayar hutang dan membahagiakan semua org yg dia sayang.. “

” Ya ALLAH makbulkan segala doa Nita untuk suaminya Ya ALLAH… Mudahkan segala urusan abg red untuk langsaikan segala hutangnya dan dapat bahagiakan isterinya… Aamiin.. “

” You’re such a good and beautiful person, may Allah blessed your marriage till jannah and may you both success in your business.. “

” Nita sedang mencari syurga Dari Allah SWT. Jika nita ikhlas dan menjadi istri yg menyenangi tok red, nescaya tok red akan dpt byr hutang dan akan sukses perniagaan dgn nita akan dtg.. “

” Percaya pada doa, percaya pada waktu Allah.. Tidak mengapa jika perlahan, asalkan terus melangkah,akk doakn Tok dn Nita kuat lalui semua.. “

 ” Ya Allah baik nya ikhlas nya hati awak.. Semoga kami semua jadikan contoh yg baik. Bukan semua ujian itu memenatkan kadang ujian itu juga membahagiakan kita.. “

Di akhir perkongsian, Rohanita turut menitipkan doa agar segala urusan suaminya sentiasa dipermudahkan serta dikurniakan kekuatan dalam menempuh setiap cabaran. Dia juga berjanji akan terus setia berada di sisi Datuk Red, memberikan sokongan dan semangat tanpa mengira apa jua dugaan yang mendatang.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok rhnitaaa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Pocket Wifi

Trending

Copyright © Berita Kopak