Artis / Selebriti
” Ko pantang kan Tok Red, terdengar je panggilan sweet, menyahut terus ek.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Red menyahut Adira memanggil ‘baby’ buat ramai terhibur. Adoi, perasan betul lah Tok Red ni, macam lah Adira panggil dia. Reaksi Adira tu memang lawak, macam nak termuntah je, haha..
Meskipun sudah berpisah, namun penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suami, Dato’ Red masih berkawan baik. Bukan itu sahaja, bagi yang mengikut Dato’ Red atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Red, pasti mengetahui Tok Red sering membuat video live bersama Adira di TikTok.
Meninjau di akaun TikTok milik putehhhx, telah dikongsikan video live baru Tok Red bersama Adira. Menerusi video pertama, kelihatan Tok Red sedang membantu Adira memasak di luar rumah. Manakala video kedua memaparkan telatah Tok Red menyakat Adira dengan berkali-kali memanggil Adira dan menyebut ‘ I love you ‘ .
Menerusi video ketiga pula, kedengaran Adira ada memanggil seseorang dengan panggilan ‘baby‘ . Mendengar panggilan tersebut, dengan spontan Tok Red menyahutnya. Walaupun mengetahui Adira bukan memanggilnya, seloroh Tok Red, dia pasti akan menyahut dan berangan Adira memanggilnya dengan panggilan ‘ baby’ .
Dengan begitu teruja, Tok Red berkongsi hal tersebut kepada seorang bibik Adira. Sehingga kini, video-video live Tok Red dan Adira itu menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok. Ada sahaja lah Tok Red ni, tak pernah tak kelakar.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@putehhhx
@putehhhx
@putehhhx
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video-video ini dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Ko pantang kan Tok Red, terdengar je panggilan sweet menyahut terus ek.. Haha Ami tu dah geli dengar ko menyahut tau, haha.. “
” Masyaallah Alhamdulillah.. Suka tengok Tok gelak mcm tu… Aura positif Tok bila dengan Ami.. Semoga jodoh berpanjangan ke jinjang pelamin.. Till Jannah.. “
” Ami panggil Acik, Tok pulak yang jawab… Reaksi Ami lepas Tok jawab “Ya” memang win.. Hahahaaa.. Berangan dulu lah Tok oii.. “
” Boleh lah tok janji tok happy.. Laju betul Tok menyahut, hahahaa.. Kemain happy lagi.. Moga2 ada jodoh lah kalian berdua.. “
” Lain macam org tua bercinta ni ye.. Suka tengok tok happy macam ni, kalu tengok dia sedih, kita pun turut sedih. Semoga tok jodoh panjang dengan Ami.. “
” Ngada2 lah Tok, hahahaha.. Ami pun melayan betul perangai tingtong Tok.. Adoii tak boleh kena tgl, rindu lah sangat konon, hahaa.. “
” Org tua bercinta lagi parah ekkk dari org muda bercinta..terlebih sweet ekkkk.. No syatuuu tokkkkkkk.. Gedik lain mcm tokkkk, hahahahaa.. “
Reaksi Adira selepas Tok Red menyahut panggilan ‘baby’ mencuit hati warganet. Usik warganet, orang tua-tua kalau bercinta memang lain macam, kalah orang muda yang tengah bercinta. Apa-apa pun, kita doakan semoga Tok Red dan Adira akan bertemu jodoh semula dan kembali bergelar pasangan suami isteri lagi.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok putehhhx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Obvious sangat ni Abang Long. Kak Long blushing tak boleh cover dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Mama YB senyum je perhati gelagat anak menantu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Banyak kali saya menangis hari ni. Terharu tengok keluarga YB menerima Bella seadanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sorry Qadejah, memang tergelak dengar. Ni betul-betul Dato’ Aliff versi perempuan, haha.. ” – Komen Netizen