Artis / Selebriti
” Alamak tersebut pulak. Saya tersalah sebut lah. Apa nak sebut, haha.. ” – Fattah Amin
Video Fattah Amin nak bagi hint selebriti yang akan bergandingan dengannya masa mula-mula nak live buat ramai terhibur. Boleh pulak Fattah tersasul sebut nama Bell terus. Berdekah semua dibuatnya. Lawak lah Fattah, tak surprise langsung, haha..
Sebelum ini, Fattah Amin ada memberitahu yang dirinya bakal membuat live di akaun TikTok untuk menjual produk bersama seorang selebriti. Fattah memberikan hint gerangan selebriti tersebut dengan menyebut perkataan loceng (bell) dan video Fattah itu juga mendapat respon daripada pelawak Bell Ngasri.
Meninjau di akaun TikTok rozieyanti, telah dikongsikan video live Fattah semalam menjual produk. Menerusi video itu, dapat dilihat pada awalnya Fattah mahu menyebut hint ‘loceng’ untuk selebriti yang akan bergandingan dengannya. Namun, Fattah telah tersasul dan terus menyebut nama Bell.
Gandingan Fattah dan Bell menjual produk semalam secara live telah mendapat perhatian warganet. Ramai yang terhibur melihat telatah Bell dan Fattah yang mencuit hati. Lebih-lebih lagi Bell yang tidak kering dengan idea lawaknya, sampai berkali-kali Fattah berdekah gelak sepanjang sesi live berlangsung.

Antara part lain yang mengundang tawa adalah ketika Fattah membuat gaya ‘yak yak yeayy’ bersama Bell. Fattah juga sempat bertanya mengenai botol susu dalam video yang dimuatnaik oleh Bell di Instagram sebelum ini. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rozieyanti BARU NK SUPRISE. SEKALI TERSEBUT PULAK || LAWAK BAM TAH NI😂#fattahlive #fattahamin #fattah #fyppppppppppppppppppppppp #fattahlive
♬ original sound – ElegantCosmetics.Co – ElegantCosmetics.Co
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai live Fattah bersama Bell serta pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Happy btui dua ketui ni .. Yak yak yeay.. Hahaha, makin hari makin kelakar betul si Fattah ni.. Perangai pun jadi random, hahaha.. “
” Suka sangat gandimgan ni, hehehe tak lekang mulut asyik dok gelak ja tengok perangai masing-masing.. Hehe best sangat Fattah dan Bell.. “
” Lawak pulak dorg bdua nih, jadi meriah suasana, hahaha.. Terbaik lah Fattah, kongsi rezeki dengan Bell.. Murah lagi rezeki Fattah lepas ni.. “
” Ceria betul Fattah bila jumpa Bell.. Bell memang kelakar, seronok tengok dia myakat Fattah.. Berkobar-kobar semangat dua-dua ni smlm.. “
” Best tengok live Fattah semalam dengan Bell.. Tq menghiburkan kami.. Kami suka.. Hehehe.. Penat leher Bell kena dongak tengok Fattah.. “
” Sesiapa pon yg di gandingkan dgn bell pasti tak kering gusi.. First time terhibur dn tgk sampai habis live fattah dr first time fattah buat live yess cayalah.. “
” Terhibur tgok gelagat depa ni sambil membeli.. Gandingan yang paling best, Bell kelakar, Fattah pun makin kelakar, hahahaa.. “
Ramai yang mengatakan gabungan Fattah bersama Bell memang serasi dan menghiburkan. Fattah kini sudah pandai melawak apabila bergandingan dengan pelawak terkenal. Apa-apa pun, moga selepas ini kedua mereka akan bergandingan bersama lagi dan terus dimurahkan rezeki.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok rozieyanti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen


