Artis / Selebriti
” Paling outstanding, mimik muka, dance, lirik, in character semua onz. Power Anggrek.. ” – Komen Netizen
Video persembahan bertenaga daripada Anggrek dan Mimi Fly di minggu 6 Talk To My Manager musim 2 buat ramai kagum. Fuh padu sungguh tarian Anggrek, memang Mimi Fly Junior sangat. Patut lah dapat standing ovation, Tiara Jacquelina pun cakap a star is born..
Pentas Talk To My Manager musim 2 (TTMM2) semakin hangat untuk minggu ke 6. Para peserta yang ada memberikan persembahan yang terbaik untuk menawan hati juri dan para peminat siri realiti TV ini. Salah seorang peserta yang dinanti-nantikan adalah anak Adira Suhaimi, Anggrek.
Sejak diumumkan Anggrek bakal bergabung suara bersama Mimi Fly pada minggu lalu, ramai yang tidak sabar menantikan persembahan mereka berdua. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak dan Anggrek Adenan, telah dikongsikan video persembahan Anggrek semalam.
Lagu Temberang nyanyian asal Mimi Fly dibawakan dengan cukup sempurna oleh Mimi dan Anggrek. Aksi lincah Anggrek di atas pentas mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton di auditorium. Tiada satu step pun yang Anggrek terlupa sepanjang persembahannya itu.

Nyanyian, tarian dan ekspresi muka Anggrek, semuanya menjadi perhatian dan pujian warganet. Anggrek membuktikan dirinya mampu menyahut apa sahaja cabaran yang diberikan. Anggrek adalah bintang yang bakal bersinar satu hari nanti.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Anggrek, masha Allah awak hebat. Kecik dah macam ni, besar tatau lah camna aaa, also love you Mimifly.. “
” Pengsan kami menengok, bertaraf antarabangsa show ni. Anggrek future stars. Kecik2 Dia punye performance dah A…suara nnti anta kelas vocal jadikk dikkkk …letopannnn.. “
” Paling outstanding, mimik muka , dance , lirik, in character semua onz ! Power anggerik.. Wey love giler anggerik very the slay. Arghhh nk ulang2 tgk byk kali… Mmg best sgt wey.. “
” She Superstar, super proud. rasa tak puas..nak tengok lagi mimifly dgn anggerik… best sgt.. persembahan penuh bertenaga.. powerful showmanship Anggrek.. “
” Tarian dia lagi Sharp dr anak kepada guru tari.. hebat ko dik, akak tengok akak mengah, keep it up.. Mimi pun bagus. X overshadow Anggerik.. “
” Power gila, kita pun bersorak dekat rumah tengok Anggrek. woo best.. Power dia dh mcm org dewasaaa. GO GIRLLLLLLL.. “
” Tu la tgk tadi gempak betul Anggerik mcm tgk klon mimiflyyy junior tadi expression muka dance semua on point.. kecik bukan sebarang kecik ye.. “
Komen Tiara Jacquelina :

Satu persembahan yang hebat daripada Anggrek dan Mimi Fly sehinggakan semua juri dan semua di auditorium memberikan standing ovation untuk mereka berdua. Anggrek memang kecil kecil cili padi. Tahniah Anggrek kerana berjaya mendapat tempat pertama minggu ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita

