Artis / Selebriti
” Adira, di sini bersaksikan hampir 5 ribu orang tengok.. ” – Tok Red

Video Dato’ Red berseloroh mahu melamar Adira Suhaimi ketika live buat ramai terhibur. Naik cuak Adira tengok Dato’ Red buat macam tu, dah lah ramai tengah tengok live. Nasib baik Emma Suhaimi menyelamatkan keadaan, hehe..
Umum mengetahui penyanyi Adira Suhaimi telah pun sah berpisah dengan suaminya, Dato’ Red pada bulan April yang lalu. Meskipun sudah tidak lagi bergelar pasangan suami isteri, mereka tetap berbaik dan membesarkan anak-anak bersama-sama.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik putehhx, telah dikongsikan video yang memaparkan Dato’ Red sedang membuat live bersama Adira. Namun, telatah Dato’ Red menyakat Adira membuatkan ramai terhibur. Dato’ Red berseloroh mahu melamar Adira secara live.
Kata Dato’ Red, bersaksikan semua ahli keluarga Adira dan para pengikut yang sedang menonton live mereka itu, dia ingan melamar Adira sambil menunjukkan cincin. Adira kelihatan seperti takut-takut. Tiba-tiba kakak Adira iaitu Emma muncul dan berseloroh mengatakan yang dirinya terima lamaran itu sambil menunjukkan jarinya kepada Dato’ Red.
Ramai yang berharap agar suatu hari nanti Adira dan Dato’ Red akan bersatu kembali bergelar suami isteri. Hal ini disebabkan mereka nampak begitu serasi apabila bersama, lebih-lebih lagi mereka pernah mendirikan rumahtangga sebelum ini. Sehingga kini, video Dato’ Red menyakat Adira telah ditonton lebih 100 ribu tontonan.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@putehhhx #abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #datoredadira #abgredadirasuhaimi
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur selepas menonton video Tok Red menyakat Adira dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Mana tak perasan, Tokkk tu gelojoh hahahahah.. Lawak betul tengok perangai masing-masing.. Adira dah macam Anggun buat gaya cam tu, haha.. “
” Ami merentan sebiji mcm Anggun, hahaha.. Acik tu ape hal, hahaha terus masuk line.. Ipar adalah maut ni, hahahaha. Awasss yaaaaa.. “
” Alhamdulillah saya suka dan terima Ami dan Tok Red.. Moga2 korang akan berjodohan kembali.. Tengok serasi sangat tu.. Insyaallh ada jodoh.. “
” Part ni memamng kelakar, kau dah kenapa Acik, hahahahaa.. Yeaayyy Tok Red bakal dapat Ami tak lama lagi.. Haahahaha. Sweet tengok.. “
” Adoi acik.. Acik n family mmg syg tok dgn ami.. Kita pun sayang ami dan tok.. Moga2 ami dan tok kahwin balik lah nanti yer, amin2.. “
” Sweet couple bak kata acik Emma, hahahaha.. Tok cepat2 lah dapatkan balik ami.. Jangan putus asa tau.. Tengok ami tu sayang sangat dekat Tok.. “
” Kita y tgk plak senyum2.. Haha.. Comel plak tgk mereka berdua. Kita pun ikut senyum jgk. Semoga terus bahagia tok dan ami.. “
Terus cuak Ami tengok perangai Tok Red, kuat menyakat betul Tok Red ni. Part Emma masuk tu memang kelakar, dia pula yang cakap setuju.
Adira kelihatan cuak melihat perangan bekas suaminya yang suka menyakat itu. Mujurlah Emma begitu sporting menyelamatkan keadaan. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Dato’ Red dan Adira. Moga-moga ada jodoh mereka serta kembali bergelar suami isteri nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok putehhx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah pilu rasa hati ni tengok keadaan kereta mangsa. Terbayang macam mana diorang nak selamatkan diri.. ” – Komen Netizen