Artis / Selebriti
” I had my first haircut with uncle Daniel at the salon.. ” – Nur Fatima Aisya

Video gelagat anak Nur Fazura, Nur Fatima Aisya ketika pertama kali gunting rambut di salon. Amboi berkepuk-kepuk rambut Fatima. Teruja betul Fatima tengok rambut baru dia..
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik anak pelakon Fazura, Nur Fatima Aisya, telah dikongsikan video Fazura membawa Fatima ke salon untuk gunting rambut. Menurut Fazura, ini adalah kali pertama Fatima pergi ke salon untuk gunting rambutnya.
Fatima kelihatan begitu comel mengenakan gaun berwarna unggu sangat teruja ketika masuk ke salon tersebut. Sebelum rambut digunting, rambut Fatima dicuci terlebih dahulu. Meskipun baru berusia 4 tahun, Fatima langsung tidak takut dan kelihatan begitu seronok.
Selesai sahaja mencuci rambut, Fatima duduk di kerusi dan rambutnya mula digunting oleh tukang gunting profesional. Selepas sudah gunting, rambut Fatima dikeringkan pula. Setelah melihat hasilnya, Fatima sekali lagi memberikan reaksi teruja apabila melihat rambut barunya itu di cermin.
Selepas itu, Fazura membawa Fatima melakukan manicure treatment di sebuah kedai. Fatima sendiri memilih warna yang dia inginkan untuk diletakkan pada kukunya. Dapat dilihat Fatima memilih warna warni untuk warna kukunya itu. Sehingga kini, video baru Fatima telah menerima 2 ribu lebih tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Fatima kelihatan begitu enjoy dengan aktiviti yang dilakukannya pada hari itu bersama mommy tersayang. Untuk makluman semua, tiada komen-komen yang diberikan kerana Fazura telah menutup ruangan komen pada posting di akaun Fatima ini.
Ini adalah bonding time antara ibu dan anak. Pastinya Fatima begitu seronok dapat meluangkan masa yang berharga bersama ibunya. Apa-apa pun, didoakan semoga Fatima terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang cerdik serta solehah buat kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG nurfatimaisya, missfazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral7 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti2 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen