Connect with us

Artis / Selebriti

” Kali ni YB menang, Bella kalah. Tak expect betul hantaran YB buat lagi cantik, haha.. ” – Komen Netizen

Video YB Syed Saddiq dan Bella Astillah battle menggubah hantaran perkahwinan raih perhatian ramai. Fuhh, tak sangka kreatif betul YB. Nabil dan Namie pun terkejut tengok hantaran YB. Memang kalah Bella kalau macam ni, hehe..

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi serta pelakon, Bella Astillah akhirnya berkongsi berita gembira apabila mengumumkan mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober depan. Pengumuman istimewa mengenai tarikh bahagia itu dibuat menerusi program MeleToP.

Menerusi perkongsian tersebut, Syed Saddiq memaklumkan majlis pernikahan mereka dijadualkan berlangsung di Menara Merdeka 118 Maybank, yang merupakan antara mercu tanda ikonik di Kuala Lumpur. Pemilihan lokasi tersebut pastinya menambahkan lagi keistimewaan pada detik bersejarah buat pasangan ini.

Satu lagi video yang mencuri perhatian adalah ketika Syed Saddiq dan Bella menyertai permainan menggubah hantaran perkahwinan. Kedua-duanya dilihat bersungguh-sungguh menyiapkan gubahan masing-masing, namun hasil tangan Syed Saddiq lebih menyerlah dan kemas sehingga mengundang perhatian ramai.

Gelagat pasangan tersebut ketika menyiapkan gubahan turut mencuit hati apabila Nabil Ahmad dan Namie menyakat Bella selepas melihat hasil gubahan mereka. Bella juga kelihatan bersahaja melayan usikan tersebut, menjadikan suasana permainan berkenaan lebih meriah dan menghiburkan.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan turut memberikan ucapan tahniah buat bakal pengantin baru ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Kali ni YB menang, Bella kalah. Tak expect betul hantaran YB buat lagi cantik, haha.. Tahniah, tak sabar nak tengok korang naik pelamin.. “

” Bella panic menguasai hantaran.. YB relek saja sambil berkunyanyang, hahaha.. Last2 YB yang siap awal.. “

” Tahniah YB dan Bella, dah tak lama dah tu.. Team2 BASS, kita kena standby tugas masing-masing, hehe.. “

” Wehh kelakar sangat, so comel lah pasangan ni.. Cantik betul hasil tangan YB, haha.. Tahniah Bella dan YB.. “

” Bulan 10 tak ada public holiday, tak ada cuti sekolah.. Ok lah, boleh laaa tengok tv ekk.. Tahniah BASS. semoga dipermudahkan segala urusan.. “

” Tahniah Bella dan YB Syed Saddiq.. Semoga kalian berdua terus berbahagia hingga ke syurga dan dipermudahkan.. “

” Akhirnyaaaa.. 10.10, cantik betul tarikh.. Tahniah, semoga terus bahagia dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. “

Menariknya, hasil gubahan Syed Saddiq turut mendapat pujian daripada warganet yang menyifatkannya sebagai kreatif dan cantik. Perkongsian tersebut bukan sahaja memperlihatkan sisi santai bakal pengantin, malah membuatkan ramai semakin teruja menantikan hari bahagia pasangan ini pada 10 Oktober nanti.

Tonton video di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : IG meletop

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Denim Blouse

Trending

Copyright © Berita Kopak