Connect with us

Artis / Selebriti

” Memori terindah, rare sangat nikah BASS nanti.. ” – Komen Netizen

Video YB Syed Saddiq mengumumkan tempat pernikahannya bersama Bella Astillah buat ramai teruja. Wah memang perkahwinan tertinggi ni YB..

10.10. 2026 adalah tarikh yang telah sepakat dipilih oleh pasangan popular, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq. Ianya sememangnya berita yang dinanti-nantikan oleh orang ramai. Tarikh ini baru sahaja diumumkan secara eksklusif di rancangan hiburan MeleToP.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram MeleToP dan Era FM, telah dikongsikan video yang memaparkan YB Saddiq menjawab pertanyaan host MeleToP, Nabil Ahmad mengenai lokasi pernikahan mereka. YB Saddiq menjawab ianya bakal diadakan di bangunan Merdeka 118.

Ini adalah bangunan tertinggi Malaysia dan belum pernah ada yang melangsungkan pernikahan setinggi ini. Nabil sempat berseloroh agar para tetamu yang hadir ke majlis itu membawa tong oksigen kerana udara di puncak tertinggi sangat rendah.

Selain itu, YB Saddiq juga memberitahu mengenai tema majlis itu iaitu tema putih Islamic. Ini adalah permintaan daripada kedua ibu bapanya dan mereka bersetuju dengan saranan tersebut. Tentunya majlis ini akan menjadi perhatian semua.

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Fuh nikah dekat tower Merdeka 118, memang lain dari lain ni YB. Punya lah tinggi, setinggi kasih YB pada Bella ke tu hehe.. “

” Tong oksigen haha, random sangat nabil ni.. pertama Kali tgok yb ketawa menahan ketawa..yb ok tk tu..abg Nabil mmg bgitu.. “

” Alhamdulillah, Dimudahkn, dilancarkn, semua perancangan BASS berjalan dgn lancar serta dilindungi-Nya dengan Limpah Rahmat Inayah-Nya Dan KasihSayang NYA walau dimana saja majlis dilangsungkn. Aamiin Ya Rabbal’Aamiin.. “

” Menuju ke majlis nikah, semoga setiap langkah kalian dipermudahkan dan setiap doa yang dipanjatkan diangkat oleh Allah Semoga akad yang bakal dilafazkan menjadi permulaan kepada sebuah kehidupan yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmah. Selamat melangkah ke fasa baharu, Bella & Syed Saddiq. Semoga cinta ini kekal hingga ke Jannah.. “

” Merdeka 118 kot….tinggi tu. wahhh taksabarrr nyaa !! mesti jadi wedding of the year. kena bawak tong oksigen tU.. ” 

” Tahniah kapada kedua dua keluarga yb dan bella.. Bagus YBSS…dia hormat permintaan Abuya.. tak nikah lagi dah fyp ni, nikah nnati memang wedding tergempak ni.. ” 

” Fuh patut lah YB Saddiq naik dengan Nabil aritu, Memang dah plan nk nikah di bangunan tertinggi tu.. memori terindah, rare sangat nikah BASS nanti.. ” 

Bak kata Nabil, pernikahan yang tertinggi bakal dilalui oleh BASS nanti. Belum pernah dibuat orang menikah di menara tertinggi dan pastinya ia akan menjadi sejarah paling indah untuk Bella dan YB Saddiq serta keluarga kedua belah pihak.

Tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Meletop, IG Era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Thermos Girrafe

Trending

Copyright © Berita Kopak