Connect with us

Artis / Selebriti

” Alhamdulillah tarikh yang ditunggu dah kunjung tiba. Cantik betul tarikhnya.. ” – Komen Netizen

Video pengumuman tarikh perkahwinan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq buat ramai teruja. Akhirnya terjawab semua tanda tanya. Pandai betul Bella dan YB Saddiq pilih tarikh, cun betul..

Sejak Bella Astillah dan YB Syed Saddiq mengikat tali pertunangan, ramai yang mendesak untuk mengetahui tarikh perkahwinan mereka. Baik Bella mahu pun YB Saddiq tidak memberikan sebarang jawapan dan hanya meminta agar semua mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Sebagaimana yang dijanjikan, Bella dan YB Saddiq telah pun membuat satu pengumuman khas di rancangan MeleToP sebentar tadi. Ianya tidak lain dan tidak bukan berkaitan dengan tarikh pernikahan mereka. Pihak Astro bakal menjadi penyiar utama majlis bahagia Bella dan YB Saddiq.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Syed Saddiq dan Sooka Malaysia, telah dikongsikan beberapa buah video pendek yang memaparkan tarikh perkahwinan mereka itu. Berlatar belakangkan hutan, Bella dan YB Saddiq mengenakan busana klasik yang cukup menawan.

Bait-bait kata yang indah mengenai mencari pasangan yang sempurna dan mencari bahagia, tarikh perkahwinan mereka dipaparkan pada penghujung video tersebut. Di ruang kapsyen juga, YB Saddiq ada menulis tarikh majlis dan berharap agar Allah memberkati perkahwinan mereka itu.

Ribuan tanda suka daripada warganet telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :

” Alhamdulillah akhirnya semoga dipermudahkan segala urusan.. Ok.,. Warna tema apaaa… Boleh dah ukur baju ni.. “

” Alhamdulillah. Semoga semuanya dimudahkan & bahagia hingga ke Jannah. Lock 10.10 semua.. “

” Alhamdulillah. Moga dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan. Aamiin Tahniah bellaastillah dan YB syedsaddiq.. “

” Alhamdulillah Tahniah saddiq. Semoga lancar dan mudah urusan saddiq & Bella.. cantik betul tarikhnya.. “

” Alhamdulillah! Semoga semua urusan dipermudahkan dan hubungan kalian berdua dirahmati.. “

” Tahniah YB syedsaddiq and bellaastillah .!! I am so so so soooo happy for both of you. Now Its time for akak to plan nak bawak family belanja makan kat mana.. “

” Alhamdulillah tarikh yg di tunggu dh kunjung tiba.. 10.10.26 Semoga semua urusan menuju hari bahagia akan berjalan dengan lancar dan sentiasa di dalam lindungan Allah. Aamiin Allahuma Ya Rabbal Alamiin.. “

Teka teki bilakah tarikh Bella dan YB Saddiq akan disatukan akhirnya terjawab juga. Pastinya ramai yang mula menghitung hari selepas pengumuman ini dibuat. Semoga dipermudahkan dan dilancarkan semua urusan pasangan ini untuk ke jinjang pelamin.

Tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syed Saddiq, IG Sooka Malaysia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak