Artis / Selebriti
” Suara dia lagi deep daripada abangnya. Macam Umai versi lelaki.. ” – Komen Netizen
Video anak Siti Sairah, Aisy menyanyi lagu Cakra Khan ketika uji bakat Tom Tom Bak raih pujian ramai. Wah sedapnya suara Aisy menyanyi lagu Kekasih Bayangan ni. Padu sungguh suara dia..
Sesi uji bakat bagi rancangan Tom Tom Bak telah berlangsung selama beberapa hari dan dilihat menerima sambutan yang cukup menggalakkan. Ramai kanak-kanak hadir untuk mencuba nasib serta menunjukkan bakat masing-masing, malah tidak ketinggalan anak-anak selebriti yang turut mengambil peluang menyertai sesi uji bakat tersebut.
Meninjau di akaun Instagram milik Astro Ceria, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan persembahan anak kepada penyanyi, Siti Sairah iaitu Aisy. Menerusi video berkenaan, Aisy dilihat tampil yakin di hadapan juri sebelum membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Kekasih Bayangan, nyanyian asal penyanyi Indonesia, Cakra Khan.
Persembahan Aisy berjaya mencuri perhatian apabila dia dilihat mampu membawakan lagu tersebut dengan penuh yakin. Bakat serta keupayaannya menghayati lagu ketika membuat persembahan turut membuatkan ramai yang kagum.

Perkongsian video tersebut kemudiannya mendapat perhatian warganet yang rata-rata memuji suara merdu Aisy. Tidak kurang juga yang menyifatkan bakat nyanyian yang dimiliki Aisy sebagai sesuatu yang tidak menghairankan memandangkan dia datang daripada keluarga yang sememangnya mempunyai kecenderungan dalam bidang seni.

Di ruangan komen, pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Suara dia lagi deep daripada abangnya. Macam Umai versi lelaki.. Anak2 siti sairah ni semua pandai menyanyii. Semua dia sapuu rata. Good luckk anak2. Terbaikkk lahhh.. “
” MasyaAllah sedapnya suara.. Aisyterrruuuuuu indamakinggggg la ekkkk .. Terpegun dengar dia menyanyi.. “
” Sedapp dengar suara adik Aisy .. Semoga berjaya masuk pertandingan Tom Tom Ba.. Anak2 Saerah je yg boleh menyanyi kesemua nya.. “
” Patut lar sedap.. Lenggok Amad.. Adik amad rupenye… Sedap sangat. Good luck dik, moga ada rezeki dik.. “
” Mcm kata Ameng Spring. Ada DNA penyanyi.. Perlu banyak latihan.. Pengawalan suara & penafasan. Semoga berjaya.. “
” Sorang lg legacy CTDK, menyalaaaaa.. Tone suara dia memang sbiji macam abang dan kakak dia, powerr.. “
” Wows adik ngn abg masuk uji bakat.. Dua2 sedap n ad aura tsendri.. Mana tahu kan, dua2 ada rezeki dapat.. “

Malah, ada warganet yang menyatakan anak-anak Siti Sairah semuanya memiliki suara yang merdu dan bakat tersendiri dalam bidang nyanyian. Pastinya, penyertaan Aisy dalam uji bakat Tom Tom Bak menjadi satu pengalaman bermakna buat dirinya, selain membuka ruang untuk dia mengasah bakat serta keyakinan diri dalam dunia persembahan sejak usia muda.
Tonton video di bawah ini :
Silakan SHARE..
Sumber : IG astroceria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen

