Connect with us

Artis / Selebriti

” Jangan pernah hilang Hussain yang abang kenal.. ” – Emran Rijal

Pendedahan pengasas Emri Vision, Emran Rijal mengenai Hussain Jamilul Hayat buat warganet tersentuh hati. Ayat last Emran tu touching sangat baca..

Sebagaimana yang diketahui, pereka fesyen muda, Emran Rijal yang terkenal dengan jenama Emri merupakan stylist untuk baju Hussain Jamilul Hayat sepanjang Big Stage Rocketfuel 2026. Mereka tidak pernah kenal antara satu sama lain sebelum ini dan takdir Allah menemukan mereka.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Emran Rijal, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Emran bersama Hussain. Turut dipaparkan busana hasil karya Emran yang dipakai oleh Hussain di pentas Big Stage.

Emran turut meluahkan isi hatinya dalam kapsyen yang panjang. Keperibadian Hussain diceritakan oleh Emran menerusi postingnya ini. Siapa Hussain yang sebenar di dunia realiti, itu yang Emran kongsikan kepada umum. Orang ramai hanya melihat Hussain beberapa minit di pentas, namun tidak sikap Hussain sepenuhnya.

Emran turut menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada Hussain kerana membantu sebagai special appearance di Kuala Lumpur Fashion Week 2026 baru-baru ini. Emran juga menitipkan satu pesanan yang menyentuh hati warganet di hujung kapsyennya itu.

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Semoga kasih sayang antara kalian berdua terus kekal sampai bila2 insyallah to hussainjamilul jgn pernah melupakan sesiapa pun yg ada bersama ketika awak masih dibawah. moga terus berjaya both of you. kudos.. “

” Fly high Hussain hussainjamilul sgt kena dgn all the busana emri_vision sgt cantik, terletak dgn Hussain….. fly high juga utk team Emri.. “

” Tahniah team emri & tyra. Kasi Hussain nampak lebih “mahal” jadi another level dr singer baya2 dia. Especially masa dia awal2 ttmm dulu jauh sungguh beza. Outfit do matters.. “

” The wishess auch, so touching.. congratulations jamak hussain Can’t wait to see more of this duo.. the last word so meaningful & touching.. “

” Semua baju yg Hussain gayakan nmpk cls trsendri trbaik Emri.. Ya la senyum emrjl and senyuman hussainjamilul sama ek. May Allah Bless ~ fly high to both of you brader.. “

” Weii.. features muka sama laaa. macam abang dengan adik.. Hussain ni versi muka emran waktu kurus!! Hahaha tahniah both of youuu.. memang stylo semua baju Hussain.. “

” Tahniah sebab pakaian Hussain nampak menarik dan nampak aura pemakainya. Thank you Tyra and Emri sugar Lepas ni Allah tambahkan rezeki kalian org baik untuk.org Yang baik alhamdullillah .. “

Beruntung Hussain kerana dipertemukan dengan insan sebaik Emran dan Tyra. Banyak bantuan yang diberikan oleh Emran untuk Hussain. Semoga ikatan ‘abang dan adik’ ini akan berkekalan sampai bila-bila dan kedua-duanya berjaya dalam karier mereka.

Baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Silakan SHARE..

Sumber : IG Emrjl

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Power Bank

Trending

Copyright © Berita Kopak