Artis / Selebriti
” Terharu dengan kata-kata Akier buat Abang tersayang.. ” – Komen Netizen
Perkongsian adik Hussain Jamilul Hayat, Akier Jamilul setelah abangnya dinobatkan sebagai juara Big Stage buat ramai tersentuh. Sebaknya baca bait-bait ayat yang ditulis oleh Akier tentang Hussain..
Pada malam kemuncak Big Stage X Rocketfuel, Hussain Jamilul Hayat berjaya melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan tersebut. Kemenangan itu pastinya menjadi detik yang cukup bermakna buat Hussain selepas melalui pelbagai cabaran dan persaingan sepanjang berada di pentas Big Stage X Rocketfuel.
Meninjau di akaun Instagram milik adik Hussain, Akier, dia telah berkongsikan satu luahan khas buat abangnya susulan kejayaan tersebut. Luahan yang ditulis dengan penuh rasa bangga dan kasih sayang itu ternyata menyentuh hati ramai, lebih-lebih lagi apabila Akier turut menitipkan kata-kata buat Hussain atas pencapaian yang berjaya diraih.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warganet yang rata-rata tersentuh membaca luahan Akier buat abangnya. Ramai yang menyifatkan kata-kata tersebut cukup ikhlas dan jelas memperlihatkan betapa bangganya Akier terhadap kejayaan Hussain, selain melihat hubungan adik-beradik itu sememangnya begitu rapat.

Untuk rekod, adik beradik Hussain pernah dikecam sebelum ini kerana dikatakan menumpang populariti Hussain. Namun menurut Hussain, adik beradiknya yang banyak bagi sokongan sejak mula dia masuk ke dunia hiburan. Malah mereka juga turut mengorbankan wang ringgit untuk Hussain.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian Akier tersebut dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Abg kamu dialah fighter sebenarnya terbaek Abg kamu tau igt tu.. Terima kaseh kerana support dan berjuang bersama . Sebagai adik, u did good.. “
” Terharu dgn kata² Akier buat Abg tersyg. Moga sama² menyinar.. Tahniah Hussain.. Semoga terus bersinar.. “
” Seronok tengok bonding diorg adik beradik. Rapat… Pandai Pak Hayat & isteri didik anak2.. Alhamdulillah.. “
” Abang kamu hebat hargai pengorbanan nya utk kamu dan keluarga.. Tersentuh dengan apa yang Akier tulis untuk abang.. “
” Suka sangat tengok keakraban dua beradik ni.. Luv you both.. Semoga hubungan adik-beradik ni kekal rapat dan penuh kasih sayang sampai bila-bila.. “
” Abg kamu hebat.. Tahniah buat seluruh kluarga Jamilul Hayat.. Well said Akier.. Semoga sentiasa dalam lindungan, rahmat dan barakah Allah swt.. “
” Semoga Akier pun berjaya dlm bidang yg diceburi bersama²dgn si abg.. Tahniah Hussain, sebak tengok kemenangan semalam.. “

Dalam pada itu, kemenangan Hussain bukan sahaja menjadi kebanggaan buat dirinya, malah pastinya turut menggembirakan seluruh keluarga yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya. Kasih sayang dan sokongan daripada keluarga seperti yang ditunjukkan Akier menjadi antara kekuatan buat Hussain untuk terus melangkah lebih jauh dalam industri seni selepas ini.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Silakan SHARE..
Sumber : IG akier.jamilul
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti4 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” 5 tahun, rasanya masih utuh dan sama.. ” – Shuib Sepahtu

