Artis / Selebriti
” Saya nak tidur 2 hari juga lah, kalau boleh.. ” – Hussain
Video luahan Hussain Jamilul Hayat selepas dinobatkan sebagai juara program Big Stage Rocketfuel raih perhatian ramai. Alahai kesiannya Hussain, penat sungguh. Banyak yang Hussain nak buat lepas Big Stage..
Meninajau di akaun Instagram milik f8buzz, telah dikongsikan video temubual bersama penyanyi, Hussain. Menerusi perkongsian tersebut, Hussain meluahkan rasa syukur dan terharu selepas segala usaha serta pengorbanannya sepanjang menyertai pertandingan akhirnya membuahkan hasil yang cukup bermakna.
Menurut Hussain atau nama lengkapnya Jamak Hussain Jamilul Hayat, kemenangan tersebut disifatkan sebagai satu rezeki yang cukup besar dan pastinya tidak akan dilupakan. Hussain telah melalui perjalanan yang panjang selama 18 minggu selepas menyertai dua program berbeza iaitu Talk To My Manager 2 (TTMM) dan seterusnya Big Stage X Rocketfuel.
Bercakap mengenai tempoh 18 minggu yang dilaluinya tanpa henti, Hussain sempat berseloroh bahawa perkara pertama yang ingin dilakukannya selepas tamat pertandingan adalah berehat sepuas-puasnya. Malah, dia secara berseloroh mengatakan mahu tidur selama dua hari bagi mengembalikan tenaga selepas melalui jadual yang padat serta persaingan sengit sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam pada itu, Hussain turut berkata bahawa dia akan berehat untuk tempoh yang tidak lama sebelum kembali bekerja seperti biasa. Menurut Hussain, masih banyak perkara yang ingin dilakukannya, terutama untuk membahagiakan kedua-dua ibu bapanya yang sentiasa menjadi sumber kekuatan dan semangat buat dirinya.
Menyentuh mengenai sikap segelintir pihak yang mungkin tidak menyukainya, Hussain lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak membalas sebarang provokasi dengan kemarahan, sebaliknya memilih untuk memohon maaf sebagai ‘senjata’ utamanya.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pi lah Hussain lena kami okay jee sbb dah menang semalam.. Puas hati sangat Hussain menang semalam.. “
” Mcm sembang kat kedai kopi ja dia buat hahaha.. 18 minggu dia ngan astro, bagilah dia tidur 2 hari, hehe.. “
” ‘ Saya minta maaf’ itu yg terbaik… Ada je org yg tk suka. Takpe jadi kan motivasi benda2 tu… Semoga terus berjaya Hussain.. “
” Bdk ni mmg pembaris la… Semoga dipermudahkan perjalanan karier Hussain… Kuat2.. Tahniah2 atas kemenangan smlm.. “
” Kelakar la ucin oii, santai2 je dia jawab soalan wartawan.. Apa2 pun tahniah, semoga terus berjaya nanti.. “
” Ingat lah rezeki tu datang melalui kamu dr Allah juga utk dikongsi bersama mak/ayah. Allah jdkn awk asbabnya.. “
” Tahniah hussain ,rezeki dari allah, segalanya allah tentu kan, tq tok ram beri markah tinggi pd hussain…dan fans yg berusaha keras dari mula lagi…semoga hussain berjaya d luar sana , stay humble.. “

Pada malam kemuncak Big Stage X Rocketfuel, Hussain berjaya dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment serta peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM100,000 tajaan Rocketfuel Entertainment dan sebuah trofi.
Tonton video di bawah ini :
Silakan SHARE..
Sumber : IG f8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti4 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” 5 tahun, rasanya masih utuh dan sama.. ” – Shuib Sepahtu

