Connect with us

Artis / Selebriti

” Apa ni, live performance lagi sedap dari recording.. ” – Komen Netizen

Video Hussain Jamilul Hayat menyanyi lagu single terbarunya, Takkan Pernah di pentas Big Stage raih pujian warganet. Fuh, padu Hussain tarik suara. Yang mana cakap suara AI hari tu boleh dengar ni. Original punya suara.. 

Semua finalis Big Stage Rocketfuel 2026 diberi peluang merakamkan lagu single mereka dan ianya telah pun dilancarkan beberapa hari yang lalu. 6 orang peserta, 6 buah lagu baru, semuanya sedap didengar dan mula menjadi siulan warganet.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cinemagicmy dan ceritamalamjumaat, telah dikongsikan video yang memaparkan Hussain mendendangkan lagu singlenya berjudul Takkan Pernah secara live di pentas final Big Stage. Tidak hanya Hussain, tetapi ke semua finalis menyanyikan lagu single mereka.

Hussain menyanyikan lagu ini dengan penuh penghayatan. Suaranya semakin sedap dan tidak jemu didengar. Ketika single ini dilancarkan secara rasmi oleh pihak Rocketfuel, ramai yang menyangka suara ini hasil suntingan AI kerana ianya kedengaran cukup sempurna.

Nyanyian live ini akhirnya menyangkal semua dakwaan tersebut dan terbukti, itu adalah suara original Hussain. Lirik yang mudah diingati, melodi yang indah, ditambah pula suara Hussain yang merdu, ini antara lagu single yang menjadi kegemaran ramai.

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :

” Tlg radio2 malaysia psg lagu ni ye..sdp weyyy..takpun ost drama tak pernah tak sedap hussain bila bukak mulut nyanyi.. “

” Lagu baru hussain sedap sgt2.. penyanyi berbakat mcm ini 10 tahun sekali….sedap dan jantan suara.. Takkan Pernah versi BS lebih sedap di dengar.. “

” Apa nii..live performance lagi sedap dari recording.. ini cinta….ku cinta sampai mati sambil tunjuk dekat fans dia atas sana. wehhh tahniah fans Hussain! dia hargai korang semua sangat2.. “

” Lagu ni mmg sesuai dgn suara Hussain..thniah komposer n lirik lagu ni…wow sgt2.. very confident dia bawa lagu sendiri. Hari tu ramai kata suara ai , dia dh nyanyi live sama je dlm recording tu.. “

” Tapi sungguh.. lagu baru Hussain paling sedap di dgr… Alhamdulillah.. Tahniah.. lagu Terbaik Dr 6 peserta dgn singgel baru. penuh penghayatannya disampaikan dn terasa pd setiap.org yg setia pd sebuah Cinta.. “

” Suka dgr suara dia yg ni, bru lh Hussain.. Betul Kene dgn Hussain.. bila dengar live…baru sedap masuk jiwa lagu Hussain.. “

” Adoiiii lagi sedap live lagu ni.. alhamdullillah..dan yg pasti bukan AI.. Xtau nk kata apa. Mmg padu giler vokal dan auranya.. “

Nyanyian Hussain secara live dipuji lebih sedap daripada versi recording. Lagu ini telah pun mencapai lebih 100 ribu tontonan di Youtube dan semakin meningkat naik. Single pertama Hussain yang berjaya mencuri hati ramai pendengar dan semoga lagu ini boleh meletop di corong radio pula selepas ini.

Tonton video di bawah :

@cinemagicmy

Ada aura tersendiri doh Hussain ni. Power! #BigStage2026 #BigStageRocketFuel #BigStage #sembangentertainment #Hussain

♬ original sound – cinemagicmy – cinemagicmy

@ceritamalamjumaat

Hussain – Takkan Pernah @Rocketfuel Entertainment @hussainjamilul #ceritamalamjumaat #bukanceritabiasa #setiaporangadakisahnya #cmjuncut #bigstagerocketfuel

♬ original sound – Cerita Malam Jumaat – Cerita Malam Jumaat

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Cinemagicmy, Tiktok Ceritamalamjumaat

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Foxer

Trending

Copyright © Berita Kopak