Artis / Selebriti
” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen
Video anak ketiga Siti Sairah Tarudin, Aisy menyanyi lagu DS Siti Nurhaliza, Menamakanmu Cinta raih pujian warganet. Fuh power lah suara Aisy ni, lunak merdu sungguh. Santai je part tarik suara tu..
Siti Sairah Tarudin dikurniakan anak-anak yang hebat dan berbakat dalam bidang nyanyian. Umairah dan Amad Dayyan sudah membuktikan bakat nyanyian mereka. Kedua-duanya telah keluar dengan lagu single masing-masing dan disukai oleh ramai peminat kerana kelunakan suara mereka.
Kini giliran adik Umairah dan Amad pula mula menonjolkan dirinya. Dipanggil Aisy, anak ketiga Siti Sairah ini juga sama seperti kakak dan abangnya memiliki suara yang merdu. Aisy yang berwajah seiras dengan Siti Sairah ini perlahan-lahan dibawa ke pentas bersama Umairah dan Amad.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok ivfvsthalita, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aisy memperdengarkan suaranya menyanyi lagu ibu saudaranya, DS Siti Nurhaliza yang bertajuk Menamakanmu Cinta. Siti Sairah juga ada di sisi Aisy memberikan semangat dan dorongan untuk anak lelakinya ini supaya lebih berani.

Mendengar suara Aisy, ramai yang terpegun dan memuji suaranya itu. Lagu bernada tinggi mampu dibawakan oleh Aisy dengan baik dan cukup sempurna. Siti Sairah turut berduet bersama Aisy. Satu paduan suara yang menarik dan sedap didengar.
Jom tonton video di bawah :
@itfvsthalita aisy nyanyi pon sedap @sitinursairahtarudin_new @AISY💫 #thalita #amad #talktomymanager #foryoupage #fyp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bestnya suara Aisy menyanyi. Ni memang keturunan nada tinggi, boleh join next Talk To My Manager.. “
” Bagus ibunya selalu bagi semangat kalau aisy nyanyi nak bagi aisy berani.. aishh ni tak lama lagi pun dah boleh jadi macam abang dan akak dia.. “
” Aisy boleh nyanyi dengan puput saing dengan amad dan tata.. ada iras iras Rizky Febian.. semua anak anak Sairah pandai nyanyi.. “
” Sesekali boleh buat trio ni ‘ The Siti’s ‘. Aisy ni remaja nanti handsome .. satu family pandai menyanyi, memang keturunan sungguh.. “
” Bestnya suara Aisy, dia pun boleh menyanyi nada tinggi macam Amad.. hebat hebat anak Sairah ni. mak dia pun support anak-anak menyanyi.. “
” Fuh suara Aisy, meremang dengar dia tarik part tinggi tu. Suara lunak merdu macam umai amad jugak ni. tempias bakat seni maknya.. “
” Satu lagi bakat suara hebat dalam family Sairah. Aisy pun boleh tahan suara merdunya tu. Nyanyi santai pun padu.. “
Satu nyanyian yang mantap daripada Aisy dan cukup memukau pendengar. Aisy juga tidak mustahil akan menonjol bakatnya seperti Umairah dan Amad selepas ini. Teruskan menggilap bakat yang ada dan semoga Aisy berjaya dalam pelajaran dan juga bidang nyanyian.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok itfvsthalita
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

