Artis / Selebriti
” Dia dah pakai heels dan kena ada platform sekali.. ” – YB Syed Saddiq
Video YB Syed Saddiq mengusik Bella Astillah ketika sesi photoshoot buat warganet terhibur. Amboi YB, sikit lagi Bella nak jadi Grumpy Munchkin. Tak baik tau YB cakap Bella macam tu, haha..
Pasangan sensasi, YB Syed Saddiq dan Bella Astillah sedang menghitung hari untuk majlis bahagia mereka. Dalam beberapa hari ini, pasangan ini sedikit sibuk dengan beberapa sesi photoshoot dan banyak video mereka yang tular di media sosial.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Team Saddiq, telah dikongsikan satu vide0 yang memaparkan gelagat YB Saddiq ketika bersama Bella. Memandangkan Bella agak rendah dan YB Saddiq pula tinggi, ianya memerlukan sedikit bantuan agar tidak terlalu kelihatan perbezaannya.
Bella yang sudah pun memakai heel terpaksa berdiri di atas sebuah platform seperti kotak supaya kelihatan tinggi. YB Saddiq menggunakan keadaan itu sebagai ‘modal’ untuk mengusik tunang tersayang. Kata-kata yang YB Saddiq lontarkan membuatkan ramai terhibur.

Bella sendiri tersenyum pada awalnya dan kemudian membuat muka comel seperti Grumpy Munchkin sebagaimana yang YB Saddiq sering memanggilnya. Gelagat mereka itu membuatkan warganet tersenyum sendiri. Dulu Mama yang sering menjadi mangsa usikan YB Saddiq. Sekarang Bella pula yang merasainya.

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 23 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Cantik berseri-seri. YB memang suka mengusik, his own vitamin.. Xtra sweet.. Tak pernah lupa tetap nk usik ayang dia ehhh, hehehehe.. “
” Masya Allah, comelnya.. berseri seri bakal pengantin ni.. Makin tak sabar ni.. lawanya dua dua.. memang sepadan sangat.. “
” I gilaa Play this video many times.. semoga satu hari nanti, Bella akan berhijab macam ni sbb cantk sangat sangat.. tak puas tengok bella.. “
” Senyumku sampai telinga.. MasyaAllah hari bahagia kian tiba. Yarabb, permudahkan segalanya dan lindungi mereka sekeluarga hingga syurga.. “
” Wlupun kat luar panas lit lit…bila tgk gelagat dua Love Bird ni auto jd sejuk & redup… nice pinkish.. dari tadi duk sengih sengih ni.. sori yer orang sekeliling.. “
” YB kalau tak mengusik yayang dia memang tak sah.. dengan kita pun tergelak tengok yb tunjuk ketinggian bella tu.. “
” Kuat betol bau nasi minyak ni..sampai kat melaka.. Cantik n ngam dah height bella dgn heels xperlu dah box tu.. Comelnya korangggg.. Alhamdulillah saya tumpang bahagia tengok kebahagiaan ni.. Semoga Allah permudahkan segala urusan nanti.. “

YB Saddiq memang sedikit nakal apabila bersama Bella. Ada sahaja akalnya hendak mengusik bakal isteri tersayang. Apa-apa pun, semoga kebahagiaan Bella dan YB Saddiq ini akan berkekalan dan segala urusan untuk ke jinjang pelamin dipermudahkan.
Tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG teamsaddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen

