Artis / Selebriti
” Memang out of the box video pre wedding BASS ni. Masuk hutan panjat air terjun, ironfamily betul.. ” – Komen Netizen
Vlog di sebalik tabir shooting pre wedding Bella Astillah dan YB Syed Saddiq di FRIM Selangor Forest Park curi perhatian warganet. Fuh gigih betul pasangan ni. Pakai baju Melayu dan baju kurung pun tetap lasak panjat air terjun. Rare sangat..
Bella Astillah dan YB Syed Saddiq telah pun membuat satu pengumuman rasmi di program hiburan MeleToP semalam mengenai tarikh pernikahan mereka. 10.10.26 bakal menjadi tarikh keramat yang akan menyatukan dua jiwa dan ianya dinanti-nantikan oleh ramai orang.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Austouxh dan aintnocyrbry, telah dikongsikan behind the scene penggambaran video pre wedding Bella dan YB Saddiq yang ditontonkan kepada umum semalam. Memilih tema klasik berlatarbelakangkan suasana hutan dan air terjun, ianya video yang sangat menarik.
Seawal pagi Bella dan YB Saddiq bersama team sudah memulakan penggambaran. FRIM Selangor Forest Park menjadi lokasi pilihan pasangan ini. Dapat dilihat, betapa gigih dan kentalnya semangat Bella dan YB Saddiq demi menyiapkan video pre wedding mereka ini.

Segala yang terlihat dalam video sememangnya indah namun untuk mendapatkan pemandangan sebegitu, ada kesukaran yang perlu mereka semua tempuh. Hasilnya sangat mengagumkan dan tidak sia-sia usaha Bella, YB Saddiq dan seluruh team yang bekerja.

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :
” Ya Allah sampai ke pre wedding masuk hutan panjat air terjun. nasib baik menara 118 nanti ada lif haha.. “
” Pandai semua team simpan rahsia.. Nak shoot pre wedding pun adventure ye haha.. ironfamily betul lah.. “
” FRIM… kawasan office saya tuuu.. Aus kalau ada vitamin lg share tau hehe.. Thank you Aus for keeping us BASS fans in the loop.. “
” Patut mcm kenal…ofiskuuu… FRIM Selangor Forest Park.. kene jadi daun2 kering la nii.. luv the video announcement. krearif betul diorang ni.. “
” TQ Aus kerana menjadi antara orng kuat yg merealisasikan impian mrk berdua.. nasib tak naik gunung Kinabalu pre wedding.. “
” Pandai aus simpan rahsia ek.. Spill lagi aus.. sy pulak trauma tgk air terjun tu bila teringat kes bella jatuh dulu tu.. “
” Mmg out of the box betul video pre wed BASS ni.. semua tmpt tggi propose-G. Kinabalu, preWed video- air terjun, nikah- Menara 118.. “

Lain daripada lain video pre wedding BASS ini. Apa yang pasti, dari awal lagi pasangan ini memang sukakan aktiviti mencabar. Semoga ikatan yang bakal dibina nanti akan berjalan dengan lancar dan berkekalan sehingga ke akhir hayat tanpa ada sebarang halangan mendatang.
Tonton video di bawah :
@austouxh.official Nah untuk korang! Walaupun sekejab! Hahahhaha
@aintnocrybry Behind the scenes of #BellaSyedYES wedding date announcement video. #styledbybry Special thanks to @Cazaluna Aksesori for the melayu klasik accessories. Glam @Austouxh // Hair @syukqadir
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok austoucxh.official, TT aintnocrybry
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Intro je pun dah mengancam. Tangan tu tangan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang rasa bila Cicha nyanyi, part tarik tu memang gaya macam Ella.. ” – Komen Netizen

