Artis / Selebriti
” Kalau dia menyanyi lagu Jamal Abdillah dan menang, itu bukan kerana.. ” – Dato’ Jamal Abdillah
Video respon Dato’ Jamal Abdillah bila anak saudaranya, Hussain Jamilul Hayat dikatakan menirunya curi perhatian warganet. Ini respon Dato’ Jamal sendiri tentang Hussain..
Nama Hussain Jamilul Hayat seringkali dikaitkan dengan Raja Pop negara, Dato’ Jamal Abdillah kerana pertalian saudara yang mereka miliki. Sekali pun Dato’ Jamal adalah bapa saudaranya, Hussain tidak pernah menggunakan ‘cable‘ ini untuk mencapai kejayaan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mamaar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Dato’ Jamal bersama dua anak terunanya, Osama Yamani dan Zaki Yamani. Banyak yang diperkatakan sepanjang program ini berlangsung.
Salah satu yang diulas oleh Dato’ Jamal adalah mengenai pandangannya terhadap Osama, Zaki dan Hussain. Osama memiliki kebolehan bermain gitar dan menyanyi. Zaki pula boleh menyanyi dan gayanya saling tak tumpah seperti babanya.

Mengenai Hussain pula, Dato’ Jamal mengatakan Hussain ada identitinya yang tersendiri. Walaupun ramai yang mengatakan Hussain dibayangi oleh Dato’ Jamal, realiti sebenarnya, Hussain ada bakat dan suara emas yang disukai oleh ramai orang.

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :
” Org lain nyanyi suara Dato Jamal, dikatakan miracle. Tapi bila anak2 sendiri nyanyi rmai kecam nape tiru. Dah mmg tu dtg dr genetik yg same.. “
” Mmg cara DJA n zaki sama . slain cara pakaian kemas. time nynyi cara pgerakan tgan sama. gelak pun sama bak kata papameng zaki anak butir jamal hehe.. “
” Zaki tak sempat nk jawab babahnye dah backup.. Baba yg sangat-sangat positif.. Dato Jamal ni aura nya bukan setakat anaknya terikut termasuklah sy..kalau nyanyi mesti lagu Dato.. “
” Sebab ayah dia ada lagi kt dunia, org x boleh terima anak suara mcm ayh dia… nnt bila ayah dia dh xde kat dunia, baru org duk sanjung kate, nasib ade anak penyambung legasi…. buat hilang rindu katenye.. “
” DJA seorg ayah yg sgt positif .. suka sangat.. DJA sangat berjiwa parenting,,teringat suatu ketika dahulu, ada sorang penyanyi lagend, marah anaknya nyanyi lagunya dan marah suara anaknya serupa dia.. sangat kecewa ketika itu dengan insiden Ini.. “
” Nasihat ayah utk ank2,,yg bsik ikut ,,,Osama baba nak ada kelainan, zaki kata baba tak apa jadi klon dia sebab dia suka mcm dia dari muda smart.. “
” Tone zaki lebih lunak….. kalau high pitch mmg baba dia lah…. terbaik jml dan anak2..Mana tak tumpah kuah kalau x ke nasi.. “

Pandangan yang ikhlas daripada seorang Raja Pop negara untuk Hussain. Bukan kerana Hussain itu adalah anak saudaranya tetapi kerana bakat yang ada dalam diri Hussain. Semoga Hussain boleh berjaya mencipta namanya di persada seni tanah air dan menjadi penyanyi hebat seperti Pak Yob nya ini.
Tonton video di bawah :
@mamaar783 #datojamalabdillah #hussainjamilulhayat #osamayamani #zakiyamani #radiomuzik
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mamaar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen

