Connect with us

Artis / Selebriti

” Saya menangis, ada yang kata gagal jadi ibu.. ” – Mama YB Saddiq

Video pendedahan mama YB Syed Saddiq, Puan Shariffah Mahani dikecam orang yang tidak dikenali kerana YB Saddiq dan Bella Astillah. Siapa lah yang maki hamun Mama tu, sampai menangis Mama dikata macam tu..

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pendedahan daripada mama YB Syed Saddiq iaitu Puan Shariffah Mahani menerima gangguan daripada orang yang tidak dikenali.

Sebagai ibu kepada ahli politik terkenal dan bakal menjadi ibu mentua kepada Bella Astillah, banyak kecaman yang diterima oleh Mama. Kongsi Mama, ada individu yang tidak dikenali menghantar pesanan berupa cacian menerusi aplikasi WhatsApp ke nombor handphone miliknya.

Individu ini juga mencela Mama YB dan mengatakan Mama tidak pandai menjaga serta mendidik anak-anak. Hubungan YB Saddiq dan Bella juga antara bahan kecaman yang dilemparkan kepada Mama. Pada awalnya, Mama YB menangis dan mengadu kepada YB Saddiq kerana tidak biasa dengan keadaan seperti ini.

Namun lama kelamaan, Mama sudah mula terbiasa dan membiarkan sahaja segala kata nista tersebut. Mama berpegang kepada prinsip, segala yang terjadi kehendak Allah dan Allah yang menentukan segala-galanya. Harapan Mama agar YB Saddiq dan Bella akan menjadi suami isteri yang sah dan berbahagia selalu.

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Aunty, haters ni bersepah. Kalau x pandai didik masakan SS boleh berda di kedudukan skrg. Terus kuat aunty.. “

” Kesiannya. be strong aunty.. Allhauakbar ..semoga yang baik² meniringi in sha Allah.. Stay positive Cikgu… Stay calm… Banyak rezeki lain tu Allah sediakan.. “

” Aunty shariffahmahani the best mom .Always positive thinking.. Auntie you are amazing mother, mama Ironman kan.. “

” InsyaAllahh..Aunty mmg wanita yg hebat..and at this age..Aunty sooo pretty..tak jemu mata memandang.. “

” Allahu ciannya mama. jahat btul haters2 ni.. Cikgu shariffahmahani kesayangan kami masa jd guru kami..dia cantik dr dulu sehingga skrg..cantik luar dan dlm..love cikgu.. “

” Agreed with aunty, mereka yg mcm tu selalunya yg ada perasaan cemburu , sy pun dh rasa mcm aunty rasa. Kita diamkn shja, jgn layan. Teruskn berdoa Allah ada.. “

” Allah sian mama yb, dia cakap pun sebak tu mesti teringat ingat, yang dengki sampai hantar wasap ni tak da hati perut ek, punya try hard nak pisahkan bass.. “

Tergamak individu tersebut mengatakan sebegitu kepada Mama. Namun nasib baik Mama YB Saddiq seorang yang positif dan tenang serta tidak mudah melatah dengan semua cercaan tersebut. Semoga Allah permudahkan penyatuan YB Saddiq dan Bella sebagai suami isteri nanti.

Jom tonton video di bawah:

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, IG Syed Saddiq

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Tablet

Trending

Copyright © Berita Kopak