Artis / Selebriti
” I’m truly sorry if I ever made you feel unseen. But please know this.. ” – Norman Hakim
Ucapan menyentuh hati Norman Hakim buat anaknya, Maria Danisha yang raih kejayaan cemerlang SPM 2025 buat ramai tersentuh. Touching sangat baca..
Satu perkongsian penuh emosi telah mencuri perhatian ramai apabila Norman Hakim meluahkan rasa bangga dan kasih sayang terhadap anak tersayangnya, Maria Danisha Hakim selepas menerima keputusan SPM 2025 baru-baru ini. Sebelum ini, posting Danisha seperti luahan hati menjadi viral di media sosial.
Menerusi kapsyen yang panjang dan menyentuh hati, Norman memulakan dengan permohonan maaf sekiranya pernah membuat anaknya berasa tidak dihargai, namun menegaskan bahawa setiap usaha dan pengorbanan anaknya sentiasa diperhatikan.
Detik menunggu keputusan SPM digambarkan sebagai satu momen yang sangat mendebarkan. Akhirnya terjawab dengan kejayaan yang membanggakan. Norman turut merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian cemerlang yang diraih, hasil daripada kerja keras termasuk pengorbanan yang mungkin tidak dilihat orang lain.

Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pembimbing tambahan yang membantu memperbaiki kelemahan dalam subjek tertentu sehingga berjaya mencapai keputusan cemerlang. Perubahan daripada kelemahan kepada kekuatan, apatah lagi sehingga memperoleh gred A, dianggap sebagai satu pencapaian luar biasa yang sangat membanggakan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah buat Danisha. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Ini baru betul ucapan, bukan alasan Congrates Danisha Tahniah Danisha.. Pernah support beli bouquet sy Baik manis je org nya.. “
” Congrats baby, anak yg membanggakan mama & papanya dgn kerendahan hati & jiwa yg sederhana tapi mampu mencapai kejayaan yg terbaik utk diri sendiri…allah yusahhil alaik anakanda .. “
” Yer percya papanya ada dgn dia waktu hari penting dia.. Tpi tu lah papa nya lupa upload hri yg sama. Jadi kecoh la. Sekejap.. Congrats.. “
” Semuanya dgn izin Allah.Segala gerak hati,rasa dan tindakan.Allah sayang semua.Tak ada ibu bapa yg sempurna,tp semua ibu sayangkan semua anak anakAllah jentik hati seketika utk beralih kepada sesuatu yg lebih baik Tahniah baby yang solehan.. “
” Fly high baby m_danishaa ramai org doakan baby. Jadi anak yg baik, taat papa mama abah mummy, ikut resmi padi inshaAllah baby akan jd org yg hebat .. “
” Alhmdulillah posting ni pastinya mjdi sesuatu yg sngt bermkn buat danisha…Tahniah kerana mdpt kputusan y cmrlang dn mmbggakan org tuamu dik.. “
” Selalu anak sulung je mcm ni, ni ank no 3 kan hahahaha mcm atin haruuunnnn, Baby bijak, cantik dan disayangi family. Xmo sedih2 8A tu ok sgt dah. Lps ni blh further study.. “
Ucapan kasih sayang yang diakhiri dengan kata-kata penuh manja jelas menggambarkan hubungan erat antara seorang ayah dan anak, sekali gus menyentuh hati ribuan netizen yang membaca. Tahniah diucapkan kepada Danisha, semoga tercapai cita-cita yang diimpikan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Norman Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abu dan daddy undercover jadi Mamadom, Papadom.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara dia tak sedap. Nasib baik anak angkat Tokti je, tak cukup value sebagai artis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Satu benda yang mommy selalu pegang sampai hari ini, Nada tak pernah.. ” – Fara Salleh
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia tak nak tengok ke, anak dia. Kenapa mesti nak membenci.. ” – Raja Azura
-
Artis / Selebriti7 days ago” Touching lah tengok Che Ta ci um tangan menantu dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen

