Artis / Selebriti
” To my first born Airit Rayyan, you were the one who made me a mom.. ” – Rita Rudaini
Perkongsian Rita Rudaini gambar throwback dan ucapan sempena ulangtahun kelahiran anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang ke 17 tahun buat ramai tersentuh. Bukti pengorbanan seorang ibu membesarkan anak-anak sendiri. Touching baca wish Rita tu..
Bukan mudah untuk seorang ibu membesarkan anak-anak sendirian tanpa sosok tubuh seorang yang bergelar suami dan ayah. Namun bagi pelakon jelita, Rita Rudaini, ianya sudah membuktikan pada dunia bahawa ibu juga mampu mendidik dan menjaga anak-anak dengan baik dan sempurna.
Rita lah yang memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah untuk anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Banyak pengorbanan yang telah dilalui oleh Rita demi memastikan Rayyan dan Arjuna terdidik dengan ilmu agama yang cukup dan penuh kasih sayang.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Rita Rudaini, telah dikongsikan beberapa keping gambar throwback yang memaparkan Rita bersama Rayyan dari Rayyan masih bayi sehingga lah sekarang. Ini bersempena ulangtahun Rayyan yang ke 17 tahun hari ini.

Ucapan yang Rita tuliskan di ruangan kapsyen juga menarik perhatian dan menyentuh hati warganet. Kuatnya seorang ibu kerana anaknya. Rayyan juga adalah salah satu sumber kekuatan Rita yang membuatkan jiwanya kental untuk berjuang tanpa mengenal erti jemu.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Happy birthday Rayyan. Anak yg hebat hasil dr didikan ibu yg hebat. Didoakan anak ini menjadi anak yang soleh, dan menjadi anak yg hebat luar biasa kejayaannya, berjaya dunia dan akhirat.. “
” Mami hebat, of coz anak² jgk hebat.. semoga sentiasa dlm Rahmat Allah swt.. Rita, you are the real champ in your children’s life… Stay bold and chin up… We met once and I can felt you are a genuine person.. “
” HB Ryan.. anak hebat dari mommy yg hebat.. Semoga terus sihat, berjaya dunia akhirat.. aamiin.. ucapan mummy yang cukup bermakna dan mengusik hati para ibu.. “
” Happy birrhday anak soleh ritrud727 Allah beri yg terbaik utk awak anak.Bangga kan mummy awk ye Always ingat ur are the greatest and always be the one..Amin.. “
” Anak hebat sebab ada sosok ibu yg hebat di sisinya ,sannah helwah Rayyan moga jadi anak yg cemerlang buat ibu mu d Dunia Dan d akhirat aamiin.. “
” Happy 17th birthday handsome son, cepat nya masa berlalu rindu time ryan arjuna dan zahraa kecik2, blink of eyes dah 17 tahun, semoga Ryan berjaya dunia akhirat good luck in SPM soon.. “
” Happy Birthday Champ hensem. Semoga Sentiasa Didlm Rahmat Dan Kasih Sayang Allah SWT.. Jadi anak yg Hebat buat mommy.. Semoga dikurniakan takdir yg Baik2 buat Rayyan. Terus MENYALAAAAA.. “
Ucapan yang ringkas namun cukup bermakna daripada Rita untuk anak sulungnya ini. Kasihnya seorang ibu yang akan membawa ke syurga abadi selamanya. Semoga lebih banyak kejayaan bakal dicapai oleh Rayyan dalam hidupnya dan terus menjadi anak yang soleh untuk mommy.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Rudaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob

