Artis / Selebriti
” Masa tu saya dalam proses penceraian dan masa tu saya sangat down.. ” – Sharnaaz Ahmad
Video perkongsian Sharnaaz Ahmad throwback keadaan dirinya ketika rumahtangganya hancur buat warganet tersentuh. Titik terendah Sharnaaz yang tak pernah diceritakan sebelum ni. Sampai depression, sebak dengar suara Sharnaaz..
Sharnaaz Ahmad antara aktor yang dikenali ramai kerana lakonannya yang hebat dan selalu meninggalkan kesan di hati penonton. Sharnaaz pernah mendirikan rumahtangga bersama Noornabila, namun sayangnya ikatan itu tidak berkekalan lama dan putus di tengah jalan.
Sharnaaz yang terlihat garang dan selalu serius wajahnya rupa-rupanya menyimpan satu rahsia. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok norfarhana_saahri, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan Sharnaaz hadir sebagai tetamu di Prudential BSN Takaful 20 years Command & Conquer 2026.
Satu pendedahan exclusive diberikan oleh Sharnaaz mengenai kisah penceraiannya. Tidak pernah Sharnaaz membuka mulut tentang perkara itu. Kata Sharnaaz, itu adalah titik terendah dalam dirinya sehinggakan dia mengalami depression.

Namun dalam Allah memberikannya ujian dan penderitaan, Allah juga menghadirkan satu hadiah yang sangat bermakna untuk Sharnaaz. Perasaan kecewa itu menjadi asbab yang membawa satu kejayaan yang tidak pernah Sharnaaz bayangkan akan terjadi.

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Tak pernah Sharnaaz bercerita pasal penceraian dia dulu rasanya. Ni 1st time dapat dengar luahan Sharnaaz.. “
” Siapa ckp sharnaaz Ahmad xde perasaan tu.. see Sekuat mne pun lelaki yg garang nmpk gagah tpi klau hal melibatkn perasaan kite smua sme je sbnrnye.. “
” Mamu betul betul sayang ex wife dia. Sekali lelaki cinta, sayang tu sampai depression.. Lelaki bila dia cinta, cintanya sepenuh hati.. “
” Betul apa abang sharnaaz cakap, Allah maha baik. Setiap kali diuji mesti ada best thing allah akan bagi. Allah maha baik.. Allah beri sakit, dia juga beri penawarnya.. “
” Patotlahhh feel betol the way sharnaz ckp dlm cter tu.. Rasa yg real seolah bukan berlakon.. mmng lah dia stresst sbb bcerai dlm keadaan dia msih syg bks istri. nk move on tu mkn msa.Tpi xpla dia ada cara dia sndiri nk ubat hti move on blik. dia terima tkdir hdup.. “
” Baru tngk smlm polis evo 3 balik . bila tngk balik mmg part sharnazz tu mmg realll weh.. Rupanya ada kesakitan yang dipendamkan.. “
” AllahuAkbar walau seorang lelaki yang kuat,tapi tetap ada perasaan sedih,kuat diluar dalam hati rapuh.. Dia nk ckp pn sebak.. “

Siapa sangka seteruk itu keadaan Sharnaaz dan tiada siapa pun yang tahu apa yang Sharnaaz lalui. Namun Allah Maha Baik, setiap kesakitan dan kedukaan, di penghujungnya ada bahagia dan kegembiraan. Semoga Sharnaaz akan bertemu insan yang iklhas menyayangi dan menerima Sharnaaz seadanya.
Tonton video di bawah :
@norfarhana_saahri TITIK TERENDAH BUKAN TITIK AKHIR “Masa tu saya tak faham pun apa sebenarnya depression. Kita orang muda, bila ada masalah, kita ingat kita cuma kena kuat”.. Kita fikir, “Alah… biasa lah. Esok okay lah.” Tapi sebenarnya… kita tak okay. Dan dalam keadaan paling jatuh tu, saya belajar satu perkara. Tuhan tak pernah bagi ujian tanpa sebab. Kadang-kadang kita tertanya, “Kenapa aku?” “Kenapa sekarang?” “Kenapa hidup aku jadi macam ni?” Tapi kita tak tahu… mungkin Tuhan sedang susun sesuatu yang kita belum nampak. Sebab dalam tahun yang sama, ketika saya berada di titik paling rendah dalam hidup saya… Saya dapat satu peluang yang saya impikan. Polis Evo 3. Filem yang saya memang idamkan. Dan yang paling menarik, emosi yang saya lalui ketika saya berada di titik paling rendah itu… Saya bawa masuk ke dalam watak saya. Saya gunakan rasa takut. Saya gunakan rasa sakit. Saya gunakan tekanan. Saya gunakan pengalaman yang saya lalui. Saya jadikan semua itu sebagai kekuatan untuk watak tersebut. Dan akhirnya… Filem itu berjaya mencatat kutipan sekitar RM58 juta. Bayangkan. Benda yang pada awalnya saya anggap sebagai kelemahan, akhirnya menjadi sebahagian daripada kekuatan saya. Sebab itu saya selalu percaya… Kadang-kadang Tuhan bukan nak jatuhkan kita. Tuhan sedang membentuk kita. Kita cuma belum nampak hasilnya. Jadi kalau hari ini ada orang yang sedang berada di titik terendah… Jangan cepat mengalah. Jangan fikir hidup kau dah habis. Titik terendah bukan titik akhir. Mungkin itu sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang jauh lebih besar. Dan satu benda paling penting… Konsisten. Walaupun hari ni kita cuma mampu buat sedikit, buat sedikit. Esok, buat lagi. Lusa, buat lagi. Sebab kita tak tahu… berapa lama lagi kita perlu bertahan sebelum Tuhan tunjukkan kenapa kita perlu melalui semua itu. Jadi teruskan. Jangan berhenti. Jangan jadi orang lain. Dan jangan tinggalkan diri sendiri hanya kerana hidup sedang menguji kita. Sebab mungkin… versi terbaik diri kita sedang menunggu di sebalik titik paling rendah yang kita sedang lalui. – Sharnaaz Ahmad –
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Norfarhana_saahri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima

