Artis / Selebriti
” Serious power miming dorang, synchronize betul. Kak Tipah tu mangkuk ayun betul, haha.. ” – Komen Netizen
Video parodi Madu Tiga lakonan Que Haidar, Fazura, Kak Lina dan Cik Epal buat warganet terhibur. Power betul masing-masing, lip-sync memang sama. Sampai hilang kasut Bang Jamil, haha..
Jakel menampilkan barisan duta yang hebat untuk kempen raya Jakel 2026. Tidak hanya duta, rakan kolaborasi Jakel, Fazura juga memberikan yang terbaik untuk semua kempen yang Jakel anjurkan. Banyak video iklan Jakel yang berjaya mencuri hati warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Jakel Textile, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Que Haidar, Fazura, Kak Lina dan Cik Epal membuat parodi filem evergreen, Madu Tiga. Ini kali pertama mereka disatukan dalam satu babak.
Jika sebelum ini babak Fazura bersama Que yang mana babak Que meminta butang baju melayu dikongsikan, kali ini babak Abang Jamil dikejar oleh 3 orang isterinya pula diparodikan. Keempat-empatnya memberikan satu lakonan yang terbaik dan cemerlang.

Warganet memuji kehebatan lip-sync yang dipaparkan oleh barisan duta ini. Seiring dan senada, memang sama dengan lontaran dialog filem tersebut. Ramai di kalangan warganet geram melihat reaksi wajah Kak Lina yang berlakon menjadi Kak Tipah itu, memang meminta betul ekspresi wajahnya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 51 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hebat terbaik synchronize mantap semuaa.. Aku tak boleh tgk kak tipah tu, mata mesti tegok kelakuan dia dulu haha.. bukan main happy dia jadi no 1 kan.. “
” Yang dua org tu da mmg pelakon .. cik epal pun perform .. Faz punya part NANTI DULU tu Ya Allah on point sangat Faz haha.. “
” Abg jamil xmmpus lagi kan. ala baru 3 abg jamil kasut pn dh hilang.. Fazura look cute yg part ckp mampus tu.. Setakat ni promosi paling padu.. menang dekat abg jamil dgn ani and the genk..xrugi jakel ambik mmg menyala.. “
” HAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHA winnnnnnnnnnn!!!!!!! KerLazzzzzzzz kooo bang Jamilllllllll bini letop² semuaaaaa hahahahahah.. “
” Kepom tu mmg perangai meminta utk dikomen. Bukan main lagi dia yekk hihi.. Dia punya “bini bini” spek tinggi semua, takde yang biasyer2 en jamil.. makan modai ni.. “
” Seronok benoo tu ha kak tipah abg jamil blk umah dia dulu haha.. x boleh la tengok kak tipah tu. Mangkuk ayun betul haha.. serious power miming dorang, synchronize betholll.. “
” Ambooii mendonia betul semua bini bang jamil yg ni. Kak tipah tu excited betul abg jamil nak balik rumah dia.. kak tipah kemain gediknya haha.. ”
Parodi Madu Tiga yang menarik daripada Que, Fazura, Kak Lina dan Cik Epal. Berbakat besar belaka duta-duta Jakel tahun ini. Iklan paling gempak yang mencuit hati. Semoga semua duta Jakel ini sentiasa bersahabat baik dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jakel Textile
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi

