Artis / Selebriti
” Ada ketikanya dia tiba-tiba suruh PA minta nombor akaun, masukkan duit.. ” – Shuk Sahar
Video Temubual Shuk Sahar Mendedahkan Mengenai Insan Yang Membantu Dirinya Ketika Kejatuhannya Raih Perhatian Warganet. Tak Sangka Ini Insan Yang Tolong Shuk Dalam Diam. Hero Yang Tak Didendang !!
Shuk Sahar pernah berada di kemuncak, namun sayangnya kejayaan yang dicapai hasil penat lelahnya musnah sekelip mata. Tiada insan yang tidak pernah membuat silap, begitu juga dengan diri Shuk. Namun peristiwa itu lah yang menjadi pengajaran dan pedoman untuk Shuk pada masa kini.
Meninjau akaun Instagram Kool FM dan Shuk Sahar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Shuk di konti Kool FM bersama Haiza dan Muaz. Shuk bercerita mengenai sahabat yang banyak membantunya ketika dia tidak mempunyai apa-apa.
Kata Shuk, ada kawan yang rapat dan akrab tetapi menghilang begitu sahaja apabila Shuk dilanda masalah. Berbeza pula dengan rakan yang jumpanya sekali sekala tetapi selalu ada waktu Shuk susah. Orang itu adalah pelawak senior, Ebby Yus. Tidak putus Ebby bertanyakan khabar Shuk.

Shuk juga mendedahkan, Ebby meminta pembantu peribadinya memasukkan wang ke akaun Shuk kerana tahu Shuk tiada wang dan banyak job dibatalkan. Mulia sungguh hati Ebby. Seorang lagi tak lain tak bukan, Shuib Sepahtu yang meminjamkan Shuk RM10 ribu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Media prima ambik shuk jadi host I can see your voice balik. .syuk jadi host icsyv mmg hidup natural.. ”
” Shuk ni best sebenarnya jadi host. Semoga diluaskan lagi rezeki lepas ni. Rindu shuk jd host i can see your Voice,ambil lah balik.. nanti baru aku tengok.. ”
” Gandingan syuk, shuib, fizi masa GPH paling best. KOOLfm masukkn Shuk kt sini… Shuk ni best, pndai berceloteh, bt lawak.. ”
” Alhamdulillah semoga shuk diberi peluang.. dia ada bakat. Slh dia bukan smpai mmbunuh org Pon smpai kn nk ttup trus periuk nasi dia , normal la tu kdng2 di atas ter alpa.. ”
” Moga Allah perluaskan rezeki Shuk.. Shuk kena try berganding balik dengan fendi, mana tahu meletop balik.. ”
” Semoga rezeki bertambah lepas ni dan terus kan balik meletop mcm dlu.. Bounce back brother.. ”
” Bg lh syuk peluang.. semua org pnh buat silap.. dan dia pun dah dpt bahagian kat dunia ni, rumah, perniagaan, kerjaya, rumahtangga, semua habis.. dia berbakat, cume salah langkah.. ”
Kata orang, kalau hendak tahu sifat sebenar seorang sahabat, lihatlah ketika kita sedang susah. Yang benar-benar sahabat sejati sahaja yang akan sentiasa membantu dan ada, sedangkan yang ada ketika kita senang hanya berpura-pura menjadi sahabat sejati. Apa-apa pun, terus kuat Shuk berjuang untuk kehidupan yang lebih baik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kool101, IG Shuk Sahar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen



