Connect with us

Artis / Selebriti

” Amir ni kelakar la, suka main-main. Seronok dengar dia ketawa.. ” – Netizen

Video Amir Sisi Membuat Latihan Menyanyi Lagu Barunya, Ayah Ibu Bersama Cikgunya Buat Warganet Terhibur. Main-Main Je Amir Ni Tapi Suara Padu. Macam-Macam Cara Amir Berlatih. Sambil Berjalan Dan Menari Pun Power. Nasib Tak Berlari Ye Amir, Hehe !!

Selepas memenangi The Chosen One, nama Amir Sisi terus bersinar dan mendapat tempat di hati ramai. Bermula dengan nyanyian, kini bakat Amir dikembangkan sebagai pelakon pula. Banyak jemputan diterima oleh Amir dan salah satunya adalah Hello Friends! Home of Kids yang bertempat di LaLaport BBCC.

Sebagai persediaan untuk persembahan esok, Amir melakukan training bersama cikgunya. Meninjau akaun Tiktok Amir Unuk Official dan Termoj Production, telah dikongsikan video-video yang memaparkan keadaan ketika sesi latihan Amir dilakukan.

Klik gambar untuk info..

Amir seperti kebiasaannya, selalu suka bermain dan bergurau. Sampai kena lepuk dengan bantal kali ni, tetapi itu cuma gurauan Amir dan cikgunya. Sekalipun Amir kelihatan tidak serius tetapi alunan suaranya tetap mengikut tempo dan lunak merdu.

Terhibur warganet melihat Amir berlatih versi humming dan bubbling. Ketawa sakan Amir geli hati dengan kelakuannya. Kata Cikgu, kena buat latihan walaupun lagu sendiri kerana ada kalanya Amir semput menyanyi lagu sendiri. Perlu kesabaran yang tinggi melayan perangai kanak-kanak ribena si Amir ini.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@amirunukofficial

Kalau dah nama budak tu budak jugak la…Masa main kita main, masa train la ko ajak main..haha#permatadaririmba #amirsisiunukofficial #termojproduction #diaridaripedalaman #fypシ #beranda @Termoj Production

♬ original sound – amirunukofficial – amirunukofficial

@termoj.production6

Main main jugak..ada masa kena train sebab lagu sendiri pon kadang semput Unuk nih..#viral_video #berandafypシ #diaridaripedalaman #termojproduction #fypシ @amirunukofficial

♬ original sound – Termoj Production – Termoj Production

@termoj.production6

Kalau training duduk xdapat..Unuk buat teknik training sambil berjalan,minum,menari,baling bantal dan macam2..asal ko training ko buat lah Unuk#diaridaripedalaman #termojproduction #fyp #singleterbaruamirsisi @amirunukofficial

♬ original sound – Termoj Production – Termoj Production

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Terhibur masing-masing melihat gelagat Amir dan antara komen-komen yang diberikan :

” Unuk ni bila time practice nmpk mcm main2 je kan tp bila dia perfome mmg terbaik.. semoga dipermudahkan, seronok dgr dia ketawa.. ”

” Amir ni kelakar la… suka main2 tapi bila bt2 buat persembahan mantop. tq cikgu sentiasa ada bsama amir.. nyanyi santai2 mcm tu pn dh sedap halwa telinga dgr,terbaik.. ”

” Terhibur dgn keletah amir…. cute je suaranya bila gelak.. Amir the best… kanak2 riang…. bila buka suara… wowww power.. ”

” Saya pun ikut tergelak tengok gelagat Amir dlm sesi latihan ni . Teruskan cikgu . Terbaik lah humming pon meremang dengar, mcm mana ni.. ”

” Kesian Amir kena buat latihan tapi comel dan lucu… keletah mu membuat menghiburkan org org yg lihat. muga jaya sayang. Cik Gu pun best.. ”

” Unuk buat lawak la.. MMG tak lari suara tak perlu edit dah sedap.. amir jujur dgn perangai dia.. suara live dgn dalam rakaman sama je… sedap dengar… sedih pulak.. ”

” Unuk dh pandai buat gerakan tangan masa nyanyi.. Tak kisah la berapa banyak pun aksinya… suara tu sedap sangat. gemersik suara.. ”

Klik gambar untuk info..

Macam-macam ragam apabila Amir berlatih menyanyi. Yang penting suara asli Amir menyanyi memang power dan merdu. Bawa lagu sendiri kena lah bagi yang terbaik dan all out kan Amir. Apa-apa pun, semoga Amir dapat melakukan persembahan dengan lancar esok.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Amirunukofficial, Tiktok Termoj Production

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT