Artis / Selebriti
” Dia takde isteri, tapi dia punya kawan-kawan yang baik dan prihatin.. ” – Komen Netizen
Video Ebby Yus buat kejutan datang ke kedai makan Ajak Shiro mengundang sebak warganet. Lebih sedih apabila baca kapsyen yang ditulis oleh Ajak. Walaupun Ebby masih sakit, tapi tetap datang support member…
Baru-baru ini, industri seni hiburan tanah air telah menerima perkhabaran mengenai kesihatan pelakon Ebby Yus yang semakin merosot. Setelah mengetahui hal tersebut, ramai di kalangan rakan artis mengambil kesempatan pergi menziarahi Ebby di rumahnya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Ajak Shiro, telah dikongsikan satu video yang memaparkan tentang Ebby Yus. Tulis Ajak di ruangan kapsyen, mengimbau kenangan bersama Ebby suatu ketika dahulu yang mana mereka pernah bersama-sama ke Indonesia dan menikmati nasi padang di sana.
Ketika Ajak menziarahi Ebby di rumah, Ebby ada berkata mahu pergi ke kedai nasi padang yang baru diusahakan oleh Ajak. Namun kata Ajak, memandangkan risau dengan kesihatan Ebby, Ajak mempelawa diri untuk membawa sendiri makan di kedainya itu ke rumah Ebby.
Tidak disangka, selepas 1 bulan pertemuan mereka di rumah Ebby, Ajak menerima kejutan daripada Ebby apabila Ebby datang ke kedainya untuk makan di sana. Perkongsian video tersebut telah mengundang sebak warganet melihat keakraban antara Ebby dan Ajak.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya tersentuh dengan perkongsian Ajak ini dan dalam masa yang sama mendoakan kesihatan Ebby. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alaa kenapa mata saya berhabuk ni. Semoga abang Ebby Yus cepat sihat.. Abg Ebby Yus ni walaupun sy tak kenal secara peribadi, tapi naluri sy mengatakan yang beliau org baik.. “
” Benda yang org lain bercerita yg sama.. Pasal adab.. Memang tinggi adab abam ebby yus ni.. Serius ckp.. Pernah bekerja ngn dia.. “
” Seronoknya bila dikelilingi kwn2 yg prihatin.. Dia takde isteri tp dia punya kwn2 yg baik.. Abg Ebby ni mmg dh tahap redha dn pasrah dgn takdirnya.. “
” Di sini kita bole lihat betapa adilnya Allah tu pada hambanya. Tidak semestinya dia tiada pasangan dan zuriat di akhir usia, tapi Allah tetap aturkan insan lain yang lebih sayang dan menghargainya.. “
” Kuat semangat abg Eby yus ni.. Dia sakit tp tak tunjuk pun sakitnya.. Masih gagahkan diri nk santuni rakan2.. Semoga allah beri kesihatan y baik utk dia.. “
” Hebat video ni, rasa tersentuh sangat tengok Abg Ebby Yus.. Semoga Abg Ebby Yus sihat2 selalu.. Alhamdulillah, ramai orang sayang.. “
” Saya membesar dgn drama2 lakonan abg Ebby.. Jaga la pelakon2 veteran yg sakit uzur hargai la mereka.. Kesian.. Semoga abg Ebby cepat sihat.. “
Turut ada ketika Ebby di kedai Ajak adalah Sharifah Shahirah serta suaminya, Ijoy dan mereka saling menyantuni Ebby. Apa-apa pun, mari lah kita bersama-sama mendoakan agar Ebby kembali sihat seperti sedia kala dan segala urusannya juga dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG ajakshiro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen