Artis / Selebriti
” Sabar Janna, itu semua rahsia Allah. Semoga kuat menempuh kecaman.. ” – Janna Nick
Muatnaik gambar meraikan ulang tahun kelahiran anak saudaranya, kapsyen yang ditulis oleh Janna Nick menyentuh hati ramai. Comelnya anak saudara Janna, ramai yang cakap ada iras muka Janna..
Meninjau di akaun Instagram pelakon Janna Nick, telah dikongsikan beberapa gambar terbarunya. Menerusi gambar-gambar tersebut, kelihatan Janna bersama suami, Dini Schatzmann dan ahli keluarganya yang lain bersama seorang kanak-kanak perempuan yang comel memakai gaun putih bercorak.
Difahamkan gambar-gambar ini diambil ketika majlis sambutan hari lahir anak saudara Janna yang dikenali dengan panggilan baby yang ke 1 tahun. Tulis Janna di ruangan kapsyen, mengatakan walaupun dirinya tidak mempunyai anak, namun dia masih mempunyai ramai anak saudara.
Selain itu, Janna turut menitipkan kata-kata ucapan selamat hari lahir buat anak saudaranya. Perkongsian gambar-gambar Janna ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan wajah anak saudara Janna ini mirip seperti wajahnya.

Selain itu, warganet juga menitipkan doa agar urusan Janna untuk memiliki cahaya mata akan dipermudahkan. Sehingga kini, gambar Janna bersama anak buahnya telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai posting terbaru oleh Janna ini dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen warganet adalah :
” Comelnya anak buah Janna, muka ada iras Janna lah.. InsyaAllah nanti adalah tu rezeki dapat anak sendiri ye Janna.. Akak doakan semoga ada rezeki awak nanti tau.. “
” Muka nak serupa mak sedara tgk.. Biasanya ngasuh anak buah nanti akan lekat hamil juga tu kak Janna.. Semoga ada kabar baik di tahun ini.. “
” Perancangan Allah kita tak tahu.. Semoga jannah dan suami kuat menempuh kecaman haters.. InsyaALLAH nanti ada rezeki Janna ada anak sndri.. “
” Ingat kan dah ada anak terkejut saya.. Muka pun sebiji Janna.. Sabar Janna tu semua rahsia Allah.. Insyaa Allah nnti di ada lah rezeki.. “
” InshAllah ada rezeki dapat anak sendiri tu… Allah nak beri Janna berkongsi rezeki dgn anak2 sedara dulu.. Allah maha baik semoga dipermudahkan segalanya. Aaminn..”
” Happy birthday… Baby girl. Semoga pasangan ini dimurah rezeki selalu…. Mudah-mudahan berjangkit dekat Janna mengandung baby girl, aminnn.. “
” Muka baby ada muka Janna lah.. Alolo comey betul tengok.. Gambar kedua last tu cara dia senyum nampak gigi sebiji Janna.. “
Alahai comel betul anak buah Janna, sekali pandang memang ada iras wajah Janna. Lagi-lagi gambar kedua terakhir tu, sebiji gaya senyum tu. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan, semoga Janna cepat-cepat dikurniakan cahaya mata dan segala urusan Janna sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG jannanick
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen

