Artis / Selebriti
” I’m sorry if i dont serve you the best as i should. Your last words to me was so sharp.. ” – Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad muatnaik video throwback nyanyian arwah ayahnya, Dato’ Bazir Ahmad. Kapsyen yang ditulis oleh Sharnaaz mengundang air mata ramai. Part kata-kata terakhir arwah untuk Sharnaaz tu sebak sangat..
Pada 2 hari yang lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad ada berkongsikan khabar duka pemergian ayah tercinta, Dato’ Bazir Ahmad b. Nazir Ahmad mengadap Pencipta-Nya. Ianya sesuatu yang berat untuk Sharnaaz dan seluruh keluarga kerana kehilangan insan yang bergelar ayah.
Menerusi perkongsian terbaru Sharnaaz di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan arwah papa Sharnaaz menyanyi lagu khas yang ditujukan untuk isteri tercinta berjudul Getaran Jiwa. Suara papa Sharnaaz sememangnya sangat lunak dan merdu.
Selain suara arwah yang gemersik, kapsyen Sharnaaz menerusi posting ini meruntun hati pembaca. Perginya papa, hilang separuh jiwa Sharnaaz. Banyak kenangan dan pelajaran yang diajarkan oleh papa untuk Sharnaaz. Tambah Sharnaaz lagi, mereka sekeluarga pasti akan merindui lagu hari jadi mereka setiap tahun daripada papa.

Sharnaaz turut berkongsikan kata-kata terakhir yang arwah papanya ungkap sebelum pergi. Jatuh air mata seorang lelaki dengan kata-kata ikhlas daripada seorang ayah itu. Papa yang selalu mendukung segala apa yang Sharnaaz lakukan dan papa juga lah penguat semangat Sharnaaz dalam menempuh segala dugaan hidup.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alfatihah dan salam takziah Sharnaaz.. Sebak i baca. Moga you kuat Sharnaaz. Mesti tengah nak type caption ni pun Sharnaz crying kan.. “
” Merdu nya alunan suara arwah papa Sharnaaz.. Be strong.. he”s in a good place now.. Moga papa mamu tenang di sana.. Aminnn.. “
” “Terima kasih cekkk” after he knew im from Penang.. Perkataan tu tak pernah lekang tiap kali nurses attend arwah sepanjang di icu. Salam takziah buat Mamu sharnaazahmad dan keluarga.. “
” Sedap suara nya suara.. be strong mamu sharnaazahmad moga arwah ditempatkan dikalangan orng beriman.. “
” Sedap sangat, kenangan buat selamanya.. Salam takziah mamu. Semoga doa anak yang soleh menjadi bekalan arwah di sana selamanya Amiiin.. “
” Bestnya rasa kasih sayang ayah.. al fatihah.. Baca pun nangis, bila kita rasa kehilangan baru kita rasa, salam takziah.. “
” Golden voice by the legend himself. Thanks for sharing the memories with all of us. Stay strong my brother. my condolences once again to u and ur entire family.. “
” Sakitt.. lagi lama lagi sakitttt dok teringat.. semoga terus kuat. Kehilangan yg menyakitkan. Meninggalkan satu ruang kosong yg amat dihati.. “
” “Papa so proud of you” .. ayat ni memang di tunggu2 oleh mana2 anak lelaki oleh bapanya termasuk aku .. confirm blinang air mata jantan. al fatihah mamu.. “
Rasa rindu Sharnaaz yang tidak akan ada penghujungnya buat ayah tersayang. Sakitnya itu lebih mencengkam kerana perginya tidak akan kembali lagi. Semoga arwah ayah Sharnaaz ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan syurga tempatnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharnaaz Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen

