Connect with us

Artis / Selebriti

” Macam bunyi Thailand je.. ” – Cik B

Video Cik B bercakap dalam bahasa Spanish raih perhatian warganet. Wah Cik B dah pandai cakap Spanish lah. Sekali dengar, lain macam pulak bunyi slang Spanish Cik B tu, hehe..

Sebagaimana yang diketahui umum, anak perempuan Dato’ Seri Vida iaitu Cik B kini berada di Barcelona, Sepanyol menyambung pengajiannya. Cik B memilih 3 jurusan sepanjang pengajiannya ini antaranya jurusan Bahasa Sepanyol, Perniagaan dan Kulinari. Difahamkan Cik B akan berada di sana selama setahun dan setelah selesai pengajiannya itu baru lah Cik B ke peringkat Sarjana Muda.

Meninjau akaun Tiktok Remaja, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Cik B bercakap dalam bahasa Sepanyol. Memandangkan baru sebulan Cik B berada di sana, Cik B cuba sebaik mungkin untuk menguasai bahasa asing tersebut.

Menerusi video ini, Cik B bercerita mengenai dirinya dalam bahasa Spain. Tidak betul-betul fasih, namun ia percubaan yang baik daripada Cik B. Selepas selesai bercakap, Cik B berseloroh mengatakan percakapannya itu seperti bercakap dalam bahasa Thailand sahaja.

Bukan mudah untuk seseorang mempelajari bahasa asing dan ianya memerlukan masa untuk fasih bercakap. Tergagap-gagap itu biasa untuk newbie seperti Cik B. Ianya adalah proses pembelajaran untuk Cik B dan dengan kesungguhan yang ditunjukkan, Cik B pasti boleh berjaya.

Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :

@remaja.my

Mana kamus translation min ni… 👀😅 All the best #CikB yang kini berada di Barcelona, Sepanyol untuk menyambung pengajian dalam tiga jurusan berbeza termasuklah jurusan Bahasa Sepanyol, Perniagaan dan Kulinari di sebuah kolej di sana selama setahun. 😍 Kemudian, barulah Cik B bakal menyambung pengajian bagi peringkat sarjana muda (degree) pula. #majalahremaja #remaja #remajamalaysia #remajanews #datoserivida #DSV

♬ Cena Engraçada e Inusitada – HarmonicoHCO

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 700 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Saya pun reti speaking spanish.. danza kuduro despacito.. como estas Cik b? comel laaa hai cik b.. “

” Wah bravo Cik B.. Nama nya juga baru belajar… Pelan-pelan kayohhh.. Belajar bia cepat pandai.. “

” Slowly but surely u will get the rhythm and speak well. keep talking and u will fluent. don’t give up. support u cikB.. “

” Hebat Cik B.. Hola Cik B, hablar espanol muy bien.. terbaik lah cik B.. Ini memang anak mama yang hebat.. “

” Hola seniorita b.. Kelakar pulak dengar cik b cakap.. dah macam cakap Jepun pulak bunyinya tu.. good try cik b.. “

” Cik B kita dengar Thanos cik B … hahaha.. cik b mengaku macam bunyi Thailand dia cakap.. lucu betul.. “

” Kelakar lah Cik B.. Cakap English lah Cik B.. cakap yang ni tak paham haha.. bunyi macam jawo pun ada.. “

Adat bagi yang baru belajar, merangkak -rangkak itu pasti. Percubaan yang baik daripada Cik B. Pastinya Cik B akan dapat fasih dan lancar bercakap dalam Spanish nanti kerana kehidupan di kolej yang memerlukan untuk bercakap dalam bahasa Spanish. All the best untuk Cik B.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Remaja, IG Cik B

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaik Untuk Bayi
Bostanten Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak