Artis / Selebriti
” Kita pula sebak tengok bibik menangis. Mesti bibik ni baik sangat dengan family Betty.. ” – Komen Netizen
Video Betty Rahmad membuat kejutan sempena hari lahir Bibiknya buat ramai tersentuh. Menangis Bibik tengok hadiah daripada Betty. Mesti Bibik pun tak sangka kan dapat hadiah tu, bukan biasa-biasa..
Meninjau di akaun Instagram milik Betty Rahmad, telah dikongsikan video yang memaparkan Betty membuat kejutan sempena hari lahir bibiknya. Menerusi video itu, pada awalnya, kelihatan Betty dan anaknya, Wira cuba memanggil bibik untuk datang kepada mereka.
Setelah bibik tiba, bibik memberikan reaksi terkejut apabila melihat ada sebiji kek hari lahir. Selepas itu, Betty dan Wira menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada bibik tersebut. Rupa-rupanya, Bettty juga ada menyediakan hadiah istimewa buat bibik.
Melihat hadiah yang diberikan oleh majikannya, bibik terus merasa sebak dan menangis. Hadiah yang diberikan oleh Betty untuk bibiknya hari lahirnya pada tahun ini adalah seutas rantai leher. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang tersentuh melihat cara Betty meraikan bibiknya. Ada yang mengatakan sudah tentu bibik ini seorang pekerja yang sangat baik kerana layanan Betty terhadap bibik sudah seperti ahli keluarganya. Sehingga kini, video Betty menyambut ulang tahun kelahiran bibik menerima lebih 100 komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini, dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kita pula sebak tengok bibik menangis. Mesti bibik ni baik sangat dengan family Betty.. Selamat hari lahir bibik, semoga bibik dimurahkan rezeki selalu.. “
” Happy birthday bibik.. Mg pjg umur, murah rezeki.. dipermudah urusan dunia & akhirat.. Alhamdulillah, rezeki bibik dapat majikan yang baik.. “
” Selamat hari lahir bibik.. Semoga yg baik2 buat bibik dan keluarga Betty di Dunia Dan akhirat.. Mata kita masuk habuk lah tengok video ni.. “
” MashaAllah happy dia dpt surprise kan bibik. Wira anak yg baik.. Moga Allah campak kan kasih sayang antara mereka dan menjaga hubungan ini.. “
” Kita pun sebak tgk…. Happy birthday bik… Moga sentiasa dlm lindungan Allah, murah rezeki bik selalu ya.. Kerja elok2 bik.. “
” Napa kita lak yg sedih ni.. Adduuhhhh masuk habuk mata ni tauuu.. Menangis bibik dapat hadiah rantai emas.. Alhamdulillah rezeki bibik.. “
” Sebak sangat tengok.. Tengok pun tahu bibik ni mesti baik sangat kan.. Tengok Wira manja sangat dengan bibiknya.. Selamat hari lahir bibik.. “
Ramai yang tersentuh melihat layanan Betty terhadap bibiknya. Wira pun nampak manja sangat dengan bibik. Apa-apa pun, ini juga salah satu rezeki bibik mendapat majikan yang baik dan begitu juga Betty, mendapat pekerja yang baik terhadap keluarganya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bettyrahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” Know that we are always here watching you both from afar sayang.. ” – Siti Hafiza
-
Artis / Selebriti6 days ago” I tahu Daddy bukannya cinta pun I. Daddy memang kahwin dengan I sebab.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ara terkejut, terkesima dia. Daddynya penat pun ada juga masa luangkan untuk anak-anak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya mahu fokus bina rumahtangga dahulu.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Di depan orang yang kita sayang, memang kita jadi superhero. Di depan orang yang kita tak sayang.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti7 days ago” Korang kena tengok macam mana Dato’ Seri Vida terkejut sangat.. ” – Dato’ Fazley

