Artis / Selebriti
” Ajak dah buat mata saya hujan. Ini baru erti ‘sahabat’.. ” – Komen Netizen
Video Ajak Shiro memberikan kejutan kepada Tauke Jambu buat ramai sebak. Baiknya Ajak hadiahkan Tauke meja dan kerusi. Sedih baca komen Tauke, ikhlasnya seorang sahabat..
Sebagaimana yang semua sedia maklum, Tauke Jambu menjalankan perniagaan makanan lempeng di Kuala Selangor. Lama Tauke menyepi daripada dunia hiburan, rupa-rupanya Tauke giat berniaga dan jualannya itu mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk setempat.
Beberapa hari yang lalu, Tauke diuji apabila meja makan yang berada di kedainya dicuri orang. Tidak melenting, Tauke mendoakan agar pencurinya akan cepat kaya raya. Situasi itu mendapat perhatian salah seorang sahabat baik Tauke dalam industri iaitu Ajak Shiro.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ajak Shiro, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ajak berkunjung ke kedai Tauke dan memberikan Tauke satu kejutan. Ajak tidak datang dengan tangan kosong dan turut membawa beberapa buah meja dan kerusi.

Tauke sendiri teruja dan sebak dengan pemberian Ajak itu. Moment 2 sahabat ini berpelukan dan mengimbau kenangan lama juga menyentuh hati warganet. Tauke juga pernah membantu Ajak ketika Ajak mula berjinak dalam dunia pelawak. Ajaran dan tunjuk ajar Tauke banyak membantu karier Ajak.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 28 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aduhhh.. saya ni baran tau bang, kadang makan pun pakai tangan kiri… tak boleh ah tengok sedih gini.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. “
” Semoga abg jambu dan abg ajak bersahabat hingga syurga Allah swt .. moga yg baik2 utk abg2 semuaaa.. “
” Teringat kat yus jambu. partner paling top. Al-Fatihahbuat arwah yus jambu.. Terbaik bos ajak tak lupa rakan rakan. Semoga murah rezeki. Semoga Allah sentiasa pelihara Tauke Jambu sekeluarga.. “
” Ajak pagi²dh buat mata saya hujan… Sahabat sejati. part “Ehh Ajakk”. Nampak rindu sgt kat sahabat.. Sebak tengok. Begitula warna hidup. Moga ujian hidup kita semua ada jalan keluar & dipermudah sentiasa.. “
” Melawak jelaa xyah sedih2. respect betul kat abg ajakshiro sentiasa igt pada kawan2.. ini lah “SAHABAT SEJATI” moga Allah balas segala kebaikan abg ajak dan moga semua SAHABAT2 abg ajak dlm lindungan Allah selalu.. “
” Bang….. u my man bang… tak pernah lupa kawan2 bila ko di atas…. semoga Allah kaya kan ko lg bang… agar dpt bantu kawan2 n org yg memerlukan … amin amin amin.. “
” Ini baru erti “SAHABAT”, Suka cara ajak punya relationship dgn kwn2 nyaa.. Mantap la jakk . Tengah ada rezeki tak lupa kawan. Semoga kamu diberikan rezeki . Dipanjangkan umur dan selalu dalam lindungan Allah.. “
Tauke turut meninggalkan komennya di posting Ajak :

Erti sebuah persahabatan yang tidak dapat dibandingkan dengan harta dunia. Ajak menunjukkan contoh sahabat yang baik, tidak melupakan sahabat yang pernah menaburkan budi walaupun sudah senang. Semoga Ajak dan Tauke sama-sama dimurahkan rezeki dan berjaya dalam perniagaan mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ajak Shro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen

