Artis / Selebriti
” Power suara Uwais. Ala-ala Glenn Fredly la Uwais. Uwais ada barang.. ” – Komen Netizen
Video anak Shuib Sepahtu, Uwais Al-Qarni menyanyi lagu Mesin Waktu sambil bermain piano raih pujian ramai. Wah sedapnya suara Uwais, ada vibe-vibe suara penyanyi Indonesia lah..
Meninjau ke akaun Instagram Shuib Sepahtu, perkongsian sebuah video yang memaparkan anak sulung Shuib iaitu Uwais Al-Qarni bermain piano dan juga menyanyi telah meraih perhatian ramai. Jarang sekali kita mendengar suara Uwais menyanyi kerana Uwais seorang yang pemalu.
Uwais sememangnya mempunyai bakat dalam bermain piano. Shuib sering juga berkongsi video Uwais bermain piano tetapi kali ini sambil menyanyi pula. Ramai tidak sangka bahawa Uwais boleh menyanyi seperti adiknya iaitu Thalita.
Ternyata bakat mereka diwarisi menerusi arwah ibu mereka iaitu Siti Sarah Raisuddin. Apabila lahir dalam keluarga seni, sedikit sebanyak pasti ada anak-anak yang mewarisinya. Ramai memuji suara Uwais menyanyi cukup sedap dan merdu.

Perkongsian video ini telah menerima lebih empat ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Jika diasah dengan lebih lagi, Uwais boleh menjadi seorang penyanyi serba boleh kerana turut berbakat dalam bermain piano.
Jom tonton video di bawah :
Di raungan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Uwais duet dgn thalita mesti meletop insyaallah aminnnnnnn .. boleh pergi jauhhh tone suara dia.. Uwais,dikta,mateen ketiga2 berbakat .. “
” Aaa pandainy Uwais Al-Qarni main piano smbil nyanyi.sdp suara abg .. Sedap suara uwais bnyk bakat nya terus kan uwais .. “
” Sedap seyy suara Uwais..terus …berbakat semua anak2 arwah dn Shuib…alfatiha utk arwah Siti Sarah.. kuat betul genes arwah ibu dalam diri anak2.. “
” Uwais boleh main piano, boleh nyanyi. Semua anak anak Arwah dan shuib berbakat. Boleh collab buat lagu duet dengan Dekta .. “
” Anak muda yg punya bnyk bakat. pasti berjaya di masa hdpn, Uwais Al Qarni.. Ala-ala glenn fredly laa uwais! Uwais ada baranggg.. “
” Power suara uwais..boleh duet dgn dekta lagu CINTA ITU NYAWA.. Ada muka arwah dgn suara arwah dkt anak2 arwah semoga ank2 terus kan bakat yg ada bole bawak diri jadi org yg berguna.. “
” Uwais kena record satu lagu dgn Thalita. Simpan sebagai buah tangan. Kalau meletop bonus.. Try Uwais main piano , atuk Raisuddin nyanyi lak… “
Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Jika ibu mereka masih ada, pasti berasa sangat bangga apabila melihat perkembangan anak-anak. Semoga uwais Al-Qarni berjaya dalam apa jua bidang yang bakal diceburinya nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

