Artis / Selebriti
” Suara Yosh tanpa muzik ni lagi sedap dan menyentuh hati.. ” – Komen Netizen
Video anak Ina Naim, Phyrosh menyanyi secara live lagu single terbarunya, Hati Yang Dikecewa raih pujian warganet. Fuh meremang dengar suara original Yosh. Suara telan kaset..
Selepas Hadie Elfardie, giliran adiknya Phyrosh pula dikenali orang ramai. Tawaran dan peluang yang diberikan oleh penerbit, Jaja Ishak kepada Phyrosh tidak disia-siakan oleh anak dara Ina ini. Phyrosh dipilih untuk menyanyikan semula lagu Hati Yang Dikecewa yang merupakan soundtrack sebuah drama.
Lagu itu yang pada asalnya dihasilkan oleh teknologi AI, kini dibawakan oleh Phyrosh dengan cukup baik. Music videonya yang baru sahaja dilancarkan di Youtube Channel Jaja Ishak pada minggu lalu telah pun meraih lebih 17 ribu tontonan daripada wargamaya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Jaja Ishak, telah dikongsikan satu video terbaru Phyrosh. Jaja yang turut hadir ke sesi Meet and Greet Hadie merakamkan Phyrosh menyanyi secara ekslusif tanpa sebarang muzik. Ini adalah untuk membuktikan kepada pendengar kelunakan sebenar suara Phyrosh.

Ternyata suara original Phyrosh sama seperti suara dalam recording. Komen warganet, suara Phyrosh seperti telan kaset kerana tiada bezanya. Phyrosh memiliki suara yang gemersik dan mampu meruntun jiwa pendengar. Nyanyian yang menusuk ke kalbu dan sampai ke hati pendengar.
Jom tonton video di bawah :
@jajaishak Original Voice By Yosh @yosh Lurve x u all ? @Jajaishakchannel_ @jajaishak @Herman shah
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Suara nyanyi live sama macam lagu recording, kelas kau dik. macam rakaman, sama je. orang kata telan kaset.. dengar gini pyn dah sebak.. “
” Mega suara yosh, dia nyanyi live smlm pun mmg sedap teruk. nyanyi live pon sama suara mcm record. dia banyak mengaji sebab tu suara dia best.. “
” Pilihan yang tepat bila jaja pilih yosh bawa lagu ni, suara yosh sedap sangat. lagu juga meruntun hati.. suara Yosh lemak merdu sangat.. “
” Masya Allah sedapnya suara yosh ni, menusuk ke hati. suara sama macam rakamannya.. original suara, tak jemu dengar.. suara tanpa muzik ni lagi sedap dan menyentuh hati.. “
” Memang sedap suara Yosh ye, ini bukan AI ye. suara yang menusuk kalbu.. wave suara dia cantik. suara yosh ada something yg special. hari2 dengar ulang-ulang.. “
” Sedap walaupun tanpa musik, sampai ke jiwa. baru putus cinta dngr lagu nie memg megalir airmataaaa.. Best suara Yosh… Alhamdulillah anugerah dari Allah.. “
” Wwwaaauuuuu… suara Yosh tanpa muzik pun dah lemak manis, tak padan dengan umur kamu yosh.. banyak jiwa2 yang terkesan dengan lagu JaJa Ishak nyanyian Yosh ni.. Well done guys.. “
Nyanyian Yosh tanpa muzik pun sudah cukup sedap didengar dan lebih menusuk ke hati. Bakat Yosh ini jika terus digilap dan diketengahkan, tidak mustahil Yosh juga akan menjadi popular seperti Hadie. Semoga Allah permudahkan segala urusan Yosh dan berjaya dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Jaja Ishak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” YB dah stress, dah tepuk dada. Sekali YB pun terkena prank Didi, haha.. ” – Komen Netizen

