Artis / Selebriti
” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
Video Hadie Elfardie berduet bersama adik perempuannya, Phyrosh Elfadwah curi perhatian warganet. Wah lunak merdu betul suara Yosh ni, mendayu-dayu sangat. Ngam dengan suara Hadie, meremang dengar..
Anak sulung kepada Ina Naim, Hadie Elfardie, kini aktif di platform TikTok dan sering mengadakan siaran langsung. Sama ada bersendirian atau ditemani adik-adiknya, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. Gelagat mereka yang akrab dan manja sememangnya seronok ditonton.
Menerusi akaun TikTok Hadieeditz dan About Hadie, beberapa video telah dikongsikan memaparkan sesi siaran langsung terbaharu Hadie bersama Phyrosh. Sama seperti abangnya, Phyrosh turut dikurniakan bakat dalam bidang nyanyian dengan suara yang lunak dan merdu.
Ketika sesi siaran langsung tersebut berlangsung, Hadie dan Phyrosh menghiburkan para penonton dengan mendendangkan beberapa buah lagu duet. Antara yang menarik perhatian ialah lagu Seluruh Cinta, nyanyian asal biduanita negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan, yang dibawakan dengan cukup baik oleh kedua-dua beradik ini.

Adik-beradik ini turut berduet menyanyikan lagu My Heart, dan paduan suara mereka menerima pujian ramai warganet. Anak-anak kepada arwah Suhaimi Saad ini nyata memiliki aura tersendiri serta dikurniakan suara yang merdu, mewarisi bakat daripada ayah mereka. Suara Phyrosh yang mendayu-dayu pula tidak ubah seperti ibunya, Ina Naim.
Jom tonton video di bawah :
@_hadieeditz Part 2 Hadie dan Yosh Cover Lagu “Seluruh Cinta”❤️ Yang mana terlepas atau tak masuk korang layan sampai habis👌🏻 @ADI? @⏤͟͟͞͞𝙮𝙤𝙨𝙝 #hadieelfardie #yosh #cover #seluruhcinta #fyppppppppppppppppppppppp
@about.hadie My Heart Cover By Hadie & Yosh @ADI? @⏤͟͟͞͞𝙮𝙤𝙨𝙝 Nah untuk mana yang terlepas live hadie #hadie #inanaimxhadie #inanaim #suhaimisaad
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ketengahkan juga bakat Anak perempuan Ina Naim ini.. suara merdu sedap.. mengaji mesti pandai ni.. ini lah jamilah yg di cari.. “
” Masya Allah sedapnya suara 2 beradik ni.. arwah ss is super proud of you both kids.. suara yosh tu gemersik betul.. “
” Masya Allah dua beradik ni, suara tu memang kurniaan Allah betul. Yoshhhhh you can do it. Tone dah sedap gila, polish teknik sikit je lagi ni. Thalita dulu pun mcm ni. Suara sedap, tinggal nak polish teknik je, terus wow sekarang.. “
” Suara Yosh dah sedap dah tone dia.. ala ala tone Ning Baizura, boleh ke international ni jika digilap bakatnya tu.. best dengar duet adik abang ni.. terbaik la suara Yosh.. “
” Masya Allah sedapnya suara Yosh.. Teruskan nyanyian berdua ya memang bakat da ada kalau dpt buat album bersama masyallah rezeki tu insyAllah.. peminat dari singapura.. “
” Suara yosh sedap lembut lunak boleh selalu buat latihan. tak sangka selunak ni suara Yosh.. tone dia unik.. tak puas dengar suara yosh tu.. “
” Anugerah suara Yosh gemersik. Kalau dapat polish, insha Allah lagi padu. sedap siakk suara yosh insecure aa gini.. dua dua suara sedap. dah boleh buat lagu.. “
Anugerah Allah buat Hadie dan Phyrosh, bukan sahaja dikurniakan suara yang merdu, malah peribadi yang soleh dan solehah, sedap pula mata memandang. Suara Phyrosh, jika terus diasah, tidak mustahil mampu menjadikannya penyanyi hebat dan pelapis kepada penyanyi sedia ada. Semoga anak-anak Ina ini terus bersinar dan menjadi insan yang disegani suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok IZAT, tiktok about Hadie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

