Artis / Selebriti
” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
Posting terbaru Dr. Fie Tawfek di Instagram selepas tular video Nubhan bersama anak-anak buat ramai tersentuh. Sebaknya baca perkongsian Dr. Fie..
Bekas isteri kepada penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahmad mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu hantaran penuh makna di media sosial yang mencerminkan ketenangan dan keikhlasan hatinya untuk melangkah ke hadapan selepas berpisah.
Ungkapan itu jelas menunjukkan bahawa Dr. Fie Tawfek kini memilih untuk memaafkan, melepaskan segala kesedihan lalu dan fokus pada kehidupan baru bersama anak-anak. Ramai pengikut di laman sosialnya tampil memberi kata-kata semangat, memuji ketabahan serta kematangan Dr. Fie dalam menghadapi ujian perpisahan.
Perkongsian itu menjadi simbol kekuatan seorang wanita yang memilih untuk bangkit, bukan dengan kemarahan, tetapi dengan ketenangan dan kepercayaan penuh kepada takdir Ilahi. Ramai juga mendoakan agar Dr. Fie terus kuat dan menemui kebahagiaan yang sebenar di samping menzahirkan rasa kagum.

Sebelum ini tular video Nubhan membawa anak-anaknya pulang ke rumah dan Nubhan juga menuntut hak jagaan anak (Hadhanah) selepas mereka berpisah. Perkongsian Dr. Fie ini menerima lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon dan kata semangat diberikan kepada Dr. Fie. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Dr fie yang hebat pasti Ada hikmah yang terindah buatmu dengan semua yg terjadi… terus happy okey.. “
” I unfollow N n follow Dr Fie i stand with u Syurga anak dibawah tapak kaki ibu Smg DrFie dpt hak penjagaan anak2 aamiin.. “
” Alaaa awak cukup pakej dah ada. Cantik. Career. Loving family. Nexttt je. Allah merancang seseorang yg lebih baik..In Shaa Allah.. “
” Sy 12thn single parent besarkan 2 anak.Bukan kehendak sesiapa,tapi yakinlah kerana tiada yg kebetulan semua dgn izin Allah swt.. “
” Bahagiakn diri sendiri n ank2 dr fie..jalan terus,semoga yng baik2 utk dr fie. Trust Allah in every steps. you are not alone.. “
” Tiba tiba aku sayang sgt dgn dr fie bangun.. jalan terus dan lawan dgn iman. awak hebat.. Smg dipermudahkan urusan.. “
” Dr fie tak rugi apa2 pon pmpuan boleh hidup tanpa lelaki janji ada anak2 di sisi..dia tak layak tuk dr fie. Semoga terus kuat.. “
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Dr. Fie terus diberi ketenangan dan kebahagiaan yang berpanjangan. Kadang-kadang, melepaskan bukan bererti kalah tetapi satu langkah berani untuk memberi ruang kepada diri sendiri untuk sembuh dan bahagia semula.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Drfie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga5 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

