Artis / Selebriti
” Dah 8 bulan baru nak buat majlis akikah anak sebab.. ” – Ryzal Ibrahim
Gambar-gambar sekitar Majlis Akikah anak kedua Nik Muhammad Ryzal dan Maryam You Narae, Nik You Rian raih perhatian ramai. Rupa-rupanya ini sebab Ryzal dan Maryam buat lambat Majlis Akikah..
Meninjau ke akaun Instagram Ryzal Ibrahim, perkongsian beberapa keping gambar sekitar majlis Akikah anak keduanya iaitu Nik You Rian telah meraih perhatian ramai. Majlis ini diadakan di kediaman mereka dan dilihat cukup meriah sekali.
Apa yang mencuri perhatian ramai ialah kehadiran ahli keluarga Maryam You Narae jauh dari Korea Selatan. Walaupun berbeza agama dan budaya, dapat dilihat keluarga Maryam cukup menghormati agama Islam yang dianuti oleh Maryam.
Majlis akikah itu berlangsung dalam suasana meriah dan penuh adat Melayu dan agama Islam dengan kehadiran keluarga dari dua budaya iaitu Malaysia dan Korea. Pastinya ia menjadi satu pengalaman bermakna buat pasangan ini dan juga keluarga Maryam.

Perkongsian ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik sejam yang lalu. Menurut Ryzal, majlis itu bukan sekadar untuk menunaikan sunnah akikah, tetapi juga sebagai cara menunjukkan kepada keluarga Maryam bagaimana Islam meraikan kelahiran anak dengan penuh kesyukuran.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang memuji Ryzal dalam mendidik keluarganya mendalami agama islam. Antara komen-komen yang diberikan :
” MasyaAllah.. Alhamdulillah. Canopy tu berlampu mcm tu smartnya. Rian comel eii geramm. Tahniah ryzal mgjar mariam dn keluarganye tentang islam .. “
” Alhamdulillah semoga anak Ryzal dan Maryam membesar dan menjadi anak yg soleh ,taat kedua orang tua nya serta punya agama yg kukuh di hati aminnnnn… “
” Semoga Si kakaknya Rina membesar dan menjadi anak yg solehah taat pada kedua orang tua serta berjaya dunia akhirat.. “
” Alhamdulillah… Tunjukkan kebaikan yg diajar dalam Islam, sebarkan kebaikan yg dianjurlan Islam.. Perasan tak. Abang Ipar Maryam tu ada iras2 Ryzal tapi versi Korean punya .. “
” Alhamdulillah. Semoga Ryzal dan Maryam sekeluarga sentiasa dibawah rahmat Allah dan bahagia hingga ke jannah.. “
” Alhamdulillah Tahniah ryzal mgjar mariam dn keluarganye tentang islam . Alhamdulillah terbaik Ryzal .. terbaik juga famili maryam.. “
” Ya Allah, kurniakanlah kepada keluarga kami kesihatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan yang berpanjangan. comel lah rian.. “
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga keluarga Ryzal dan Maryam terus diberkati Allah dengan kebahagiaan, serta anak mereka iaitu Nik You Rina dan Nik You Rian membesar menjadi insan yang soleh serta solehah dan berbakti kepada ibu bapa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ryzal Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lawak random pulak Dida, spontan. Berdekah tengok mulut DSV kena sepit macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen

