Artis / Selebriti
” Cara dia makan nampak macam sedap sangat tempoyak tu, hebat.. ” – Komen Netizen
Video ahli keluarga Maryam You Narae dari Korea Selatan makan tempoyak raih perhatian ramai. Wah macam tu je dia makan tempoyak, sampai menjilat sudu. Nasi tak sampai lagi, tempoyak dah habis..
Keluarga Maryam You Narae sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mereka berkongsi pengalaman mencuba makanan tradisional Malaysia iaitu tempoyak. Menerusi satu video yang dimuatnaik di Instagram milik Maryam, kelihatan ahli keluarganya dari Korea Selatan itu dijamu dengan hidangan Malaysia termasuk ulam-ulaman beserta tempoyak.
Ketika makanan tersebut dihidangkan, hidangan nasi belum dihidangkan lagi. Maryam meminta kakaknya merasai tempoyak dan dilihat adiknya tidak menyukai tempoyak. Mungkin kerana kakak Maryam merasai tempoyak begitu sahaja.
Kemudian Maryam meminta abang iparnya pula merasai tempoyak sambil mencolek timun. Wah, nampaknya abang ipar Maryam amat menyukai tempoyak sehingga menjilat sudu. Menurut Maryam, abang iparnya makan tempoyak sehingga habis sebelum nasi dihidangkan.

Warganet pula terhibur melihat reaksi keluarga Maryam yang sporting dan terbuka untuk mencuba pelbagai makanan tradisional tempatan. Ramai yang memuji abang iparnya kerana berani dan akhirnya menyukai rasa lemak masam unik tempoyak itu.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Wah, hebat dia. Tapi tempoyak MMG sedap . Sila bawak balik tempoyak ye. Nanti rindu. Jatuh cinta dgn tempoyak tu.. “
” Hahaha.. Tiber teliur pulak tengok dia makan tempoyak tu padahal saya tak makan tempoyak.. Dia cicah mcm cheese je ea.. “
” Muka rina copypaste bil maryam.. Habislaaa …. Dah jatuh cinta dgn makanan local tu nanti teringat ingat. Aduii.. Tempoyak jer memey x berapa sedap.. “
” Aku pulak yg kecur air liur tgk dia colek timun dgn tempoyak tu.. sedapnya mkn dgn nasi panas2. baru die tau nikmat tempoyakk to surrr. org korea pn layan ek bgus2.. “
” Hahaha ketawa besar danish. Nanti balik Korea mesti gian nak makan tempoyak .. Terasa malunya saya sbb sy sendiri x mkn tempoyakk..hehehee.. “
” Cara dia makan nampak macam sedapp sangat tempoyak tu… Daebak.. so power u… I am Malaysia but cannot eat tempoyak… “
” Wahh power la your brother in law Maryam! I pun kena ada nasi baru boleh makan tempoyak hebat .. Wah mmg lidah dia international.Hebat.. “
Sikap terbuka keluarga Maryam dalam mengenali budaya dan makanan Malaysia jelas mencerminkan semangat kekeluargaan tanpa sempadan. Tak hairanlah ramai yang mendoakan hubungan dua budaya ini terus akrab dan penuh kasih sayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Maryam You narae
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pergh macho la suara Amad sekarang. Macam suara Mamat Exist.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah baiknya, adorable Anggrek buat surprise hari jadi Aisha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu

