Artis / Selebriti
” Akhirnya berjaya Kelantan kan Nubhan. Penat sengih tengok performance dia, enjoy sangat.. ” – Komen Netizen
Video Nubhan menyanyi lagu Cicak di pentas Gegar Vaganza 12 raih pujian ramai. Wah power lah orang Nogori menyanyi lagu Kelate, padu betul..
Pentas Gegar Vaganza 12 minggu ke 8 hangat dengan persembahan hebat daripada semua peserta yang bertanding. Salah satu persembahan yang dinanti-nantikan adalah daripada Nubhan. Sebagaimana yang dipaparkan pada segment Ada Lagu Ada Lagi pada minggu lalu, Nubhan mendapat tugasan lagu Cicak.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Nubhan semalam. Bukan mudah untuk menyanyikan lagu dalam loghat Kelantan tetapi Nubhan berjaya membuktikan dia mampu melakukannya.
Persembahan Nubhan ditemani team dikir barat yang hebat dan ianya menaikkan seri dalam persembahan Nubhan itu. Paduan suara Nubhan dan dikir barat yang dimainkan memikat hati penonton. Nubhan bijak dalam menggabungkan lagu Cicak dengan dikir barat.

Ramai yang memuji sebutan Kelantan Nubhan dan kata mereka ianya tidak kedengaran pelik dan pelat. Untuk makluman semua, persembahan oleh Nubhan ini berjaya memperolehi tempat ketiga pada minggu ini dengan kutipan markah sebanyak 71.50 %.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet dan ramai yang terhibur dengan persembahan oleh Nubhan itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sedap giler nubhan nyani.. Love betul, terbaik mantap. Energy dia perghh.. Tahniah nubhan good job.. Sedap dooh nubhan kecek Klate.. “
” Antara yg all out dan consistent setiap minggu.. best performance Nubhan.. bereh boh padu nogori buleh nyanyi lagu kelantan.. “
” Dialek kelate nubhan okay.. boleh diterima.. bukan sene ore nogori blh kecek Kelate, tapi klu staro nie, lulus.. “
” Terbaik nubhan bg apa lagu pon semua die boley nyanyi.. akhirmya.. brjaya kelantankan nubhan.. sek kito jange pecoh.. sbg org kltn,sya terhibur jgk dgar nubhan nyanyi lagu ni.. “
” Terbaik nubhan blh nyanyi ikot lagu kelate… bukan mudah .. seminggu training.. good performance nubhan. jelas sebutan.. X bunyi pelat pun Nubhan kecek kelate.Terbaik Nubhan.. “
” Penat sengih tengok performance dia haha enjoy sangat. kecek kelate kira jadi doh tu. good job abe nubhe! abe nubhe memang besssstttt.. “
” Kalau orang negeri sembilan boleh kecek kelate kira ok lah tu.. terbaik Nubhan.. lulus blh bagi 8/10.. Pandai nubhan bawak lagu kelate.. “
Terhibur warganet menonton persembahan oleh Nubhan ini. Satu usaha yang berbaloi dan pujian wajar diberikan kepada Nubhan kerana bukan mudah untuk menguasai sebutan loghat Kelantan hanya dalam masa satu minggu. Apa-apa pun, semoga Nubhan akan terus konsisten untuk minggu yang akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz, IG Media Hiburan Official, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga5 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

