Artis / Selebriti
” Naik bulu roma, best sangat Nubhan perform lagu ni.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Nubhan menyanyikan lagu Nadeera, Bukan Lagi Kita raih pujian ramai. Fuh padu lah suara tinggi Nubhan. Vokal makin hebat, siap dapat gebrek daripada Bonda Hetty..
Pentas Gegar Vaganza semakin hangat dan semalam menyaksikan 9 orang peserta bersaing untuk merebut tempat ke suku akhir yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Antara persembahan yang dinanti-nantikan oleh peminat GV adalah daripada Nubhan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Nubhan semalam. Nubhan membawakan lagu dendangan asal Nadeera berjudul Bukan Lagi Kita. Lagu ini bukan lagu yang mudah untuk dibawakan dan memerlukan kekuatan vokal yang padu.
Dari awal sehingga ke akhir persembahan, Nubhan mempamerkan vokal yang mantap dan ianya mengagumkan penonton baik di auditorium mahu pun di rumah. Tone suara Nubhan semakin banyak kemajuannya dan Nubhan berjaya membawakan lagu ini dengan sempurna.

Ramai yang memuji suara Nubhan lunak dan sedap. Sekali pun lagu ini tinggi nadanya, Nubhan membuktikan dia mampu menyahut cabaran. Satu persembahan yang hebat dan ketiga-tiga juri memberikan komen yang positif terhadap Nubhan.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia macam Marsha semakin lama suara makin mantap.. Nubhan dah x angsa ye guys… memang hebat. banyak kemajuan.. “
” Lagu ni susah gillerr bila masa nadeera bernafas tak tau. Alhamdulillah nubhan berjaya bawak dengan sangat2 baik, inject raw emotion versi lelaki yang sampai ke hati. part yang “memikirkan perasaankuuuu” tu fuhhh.. “
” Best sangat nubhan perform lagu ni. Nubhan dia ada fullpackage, suara memg tak kalah.. amazing, sampai jiwa lagu tu.. “
” Bagus Nubhan nyanyi lagu ni. Lagu ni susah sebab kena kawal pernafasan so stamina kena mantap. Lagu ni tinggi, klau male version pun rasanya untuk org yg vocal range dia tinggi boleh bawak lagu ni. Nubhan punya vocal range tinggi so senang bwk lagu ni.. “
” Selalu dgr amad nyanyi .. not bad version nubhan.. graduan AF meningkat maju.. good job nubhan, sedap sangat suara.. Terbaik mantap gebrek Nubhan.. “
” Naik bulu roma. Makin sodap suara Nubhan…Kalau tak dpt Gebrek dari Bunda meang something wrong lah… lagu ni bukan senang nak nyanyi… Tahniah Nubhan minggu ni dpt no.1.. “
” Wow hebat, perghh sampai penghayatan Nubhan.. Absolutely mantap.. Bukan senang lelaki bawa lagu ni. boleh Cirit part tinggi tu.. “
” Congrats nubhan.. road to final.. superb vokal.. bukan lagi kita version lelaki….. padu beb.. suara nubhan memang sedap.. “
Persembahan yang terbaik dan vokal Nubhan banyak peningkatannya. Penghayatan Nubhan juga sangat baik sehingga berjaya memikat hati juri. Semoga Nubhan terus konsisten untuk persembahan pada minggu hadapan dan layak ke final GV.

Silakan SHARE..
Sumber : IG f8buzz, Tiktok F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen

