Artis / Selebriti
” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Jamal Abdillah menyanyikan lagu Gadis Melayu bersama anaknya, Osama Yamani dan anak saudaranya, Hussain Jamilul Hayat raih pujian ramai. Wah, 1st time tengok Hussain menyanyi dengan Dato’ Jamal. Semua suara mantap, meremang dengar..
Penyanyi legenda Dato’ Jamal Abdillah sekali lagi membuktikan kehebatan vokalnya apabila tampil mendendangkan lagu ikonik Gadis Melayu bersama anak lelakinya, Osama Yamani, serta anak saudaranya, Hussain Jamilul Hayat. Persembahan yang mempamerkan gandingan mantap mereka itu berjaya mencuri perhatian ramai dengan keharmonian vokal dan keserasian mereka di atas pentas.
Kemunculan Osama dan Hussain di sisi Jamal bukan sahaja menambahkan kelainan dalam persembahan, malah memperlihatkan bakat nyanyian yang diwarisi dalam keluarga. Ramai yang memuji persembahan tersebut kerana berjaya menghidupkan semula lagu malar segar Gadis Melayu dengan suntikan nafas baharu tanpa menghilangkan keaslian karya berkenaan.
Ramai menyifatkan suara Osama dan Hussain mempunyai persamaan dengan suara Datuk Jamal Abdillah sehingga sukar membezakan siapa yang sedang menyanyi jika hanya mendengar tanpa melihat. Malah, ada yang memuji lenggok nyanyian Hussain yang disifatkan memiliki identitinya sendiri.

Dalam perkembangan sama, Raja Pop itu bakal kembali menghiburkan peminat menerusi program terbaharu DJA Show: Siri Muzikal ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ yang akan mula bersiaran di TV2 bermula pada bulan Julai depan. Program tersebut mengandungi 13 episod.
Jom tonton video di bawah :
@sinarplus Gandingan mantap Datuk Jamal Abdillah mendendangkan lagu ikonik Gadis Melayu bersama anak lelaki, Osama dan anak saudaranya, Hussain. Raja pop itu bakal kembali menemui peminat setianya menerusi program terbaharu DJA Show: Siri Muzikal ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ yang akan ditayangkan di TV2 bermula Julai depan. Menariknya tentang program sepanjang 13 episod ini, beliau bukan sahaja menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu-lagu hits miliknya, malah bakal berkongsi pelbagai tip penting mengenai keselamatan siber memandangkan isu penipuan dalam talian, taktik scammer, dan penyebaran berita palsu kini semakin berleluasa media sosial. Program itu seiring dengan pelaksanaan kempen kesedaran seperti Internet Selamat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). #DJAShow #JamalAbdillah #rajapop #MCMC #sinarplus
Persembahan tersebut turut dihujani pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang kagum dengan keserasian vokal tiga beranak itu. Antara komen-komen yang diberikan adalah :
” Wehh bila ni sedap suara hussain ada lenggok dia sendiri. Aduh Tak tahu nk bagi bintang..Bagi 10 Bintang Ketiganya Vokal Padu…. “
” Lebih kurng sama suaranye .tak boleh nak beza kan. semua mantap larhhhhh.. Sedap nohhh suara deme dua ni.. Suara depa seakan akan sama ja..tp kenapa zaki takde.. “
” Stedi Dato..xpyh susah2 dh tarik..byk pelapis la ni blh bwk sekali.. jamal dh blh berehat bg anak2 warisan legend aura jamal.. “
” Hussain ni ikut baka siapa ek. Ayah x tinggi. Dia lebih tinggi dari DJA.. Almak.. Astro dh xambil rtm bln 7 ni.xdptlh nk tengko show ni.. “
” Tggi nya lah Hussain ni..nmpk Dato’ Jamal ni tggi .. Hussain lagi tggi. terbaik lah gabungan 3 brnk ni.. suara x jauh beza.. “
” Tetap la Jamal Abdullah yg sedap ada lemak merdu nye Zaki actually mewarisi suara sempurna Jamal , Osama suara dia bold , Hussain suara belum matang Masih remaja.. “
” Pakai earphone, tutup mata..mmg tak ada beza suara depa, terbaik legasi raja pop Malaysia.. DJA & Hussain bab menari mmg keras.. “
Dengan pengalaman puluhan tahun dalam industri muzik, Dato’ Jamal terus membuktikan beliau bukan sahaja mampu menghiburkan peminat menerusi suara emasnya, malah bersedia memanfaatkan platform televisyen untuk menyampaikan mesej yang lebih bermakna kepada masyarakat. Program ini dijangka menjadi antara sajian istimewa buat peminat yang merindui persembahan bertenaga daripada ikon muzik tanah air itu.

Silakan SHARE..
Sumber : TT Sinarplus
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti3 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti3 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen

