Artis / Selebriti
” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
Video anak Jamalil Hayat, Hussain menyanyi ketika sesi pengenalan peserta Talk To My Manager musim ke 2 raih pujian ramai. Wah sedapnya suara anak saudara Dato’ Jamal Abdillah ni, dah ada aura bakal pemenang..
Program Talk To My Manager kini memasuki musim kedua dan membariskan beberapa lagi anak selebriti terkenal tanah air sebagai peserta program ini. Program ini bakal bersiaran pada 19 April nanti di saluran Astro dan ia amat dinantikan ramai orang.
Menerusi akaun Instagram Astrogempak, video ketika sidang media memperkenalkan para peserta yang bakal menyertai program ini telah dikongsikan. Antara yang mencuri tumpuan ialah Hussain yang merupakan anak kepada Jamalil Hayat.
Sekadar info, Jamalil Hayat merupakan abang kepada Dato’ Jamal Abdillah yang juga merupakan seorang penyanyi suatu ketika dahulu. Walaupun sudah meningkat usia, minatnya kepada bidang seni masih tidak luntur dan kini mencuba nasib menjadi manager buat anaknya.

Dalam sidang media tersebut, Hussain telah menyampai sebuah lagu irama malaysia dan ramai yang memuji kemerduan suara Hussain. Siap ada netizen sudah melabelkan Hussain sebagai bakal juara untuk musim yang kedua ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Yg ni best suara. Boleh jd juara ni.. kita follow dia kt tiktok lg… mmg sedap suara dia… Ehhh ni padu ni suara dia nihhh.. “
” Bagus irama malaysia, klau ada fans utk dia sy nak join boleh? Confirm menang punya kasi support member Dari Ipoh .. “
” Omaigod lunak suara dia lagu tradisional pulakk tu.. Hussin anak jamilul hayat ke alhamdulillah moga meneruskan bakar ayahanda n uncle, pakej complete Masyallah.. “
” Wahhhh sedap suaranya, ni baru original sound suara sedap dan kualiti………boleh terbaikkk.. Okay ini akan jadi kegilaan ramai ni.. “
” Susah nk jumpa anak muda suara gini, Dia ada karisma, good attitude, semoga pergi lebih jauh , Oo sepupu zaki yamani.sedap suara.. “
” Go hussain aunty tahu u can do it, Jamalul hayat adik Jamal abdillah ?.. Suara dia best sama la dgn pak sedara & ayahnya.. “
” Kena tgk ni TTMM dis year cm best, weyy nmpk usia sgt jamilulhayat.. lm x nmpk dia kt medsoc.. minat Ms old skol dulu.. encem .. wow ank dh bujang suara pun sedp.. “
Dengan sambutan yang semakin hangat, ramai kini ternanti-nanti penampilan Hussain dalam Talk To My Manager musim 2. Jika momentum ini berterusan, tidak mustahil Hussain bakal muncul sebagai antara bakat baru yang menyerlah dalam industri hiburan tempatan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden

