Artis / Selebriti
” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
Nur Fatima Aisha mendedahkan rahsia mummynya, Fazura sudah ada boyfriend ketika sesi Live buat ramai terhibur. Terkejut mummy kat sebelah, Fatima pula buat muka tak bersalah. Macam tu je Fatima bocor rahsia mummy, hehe..
Gelagat spontan anak kepada pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fatima Aisya baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila secara tidak sengaja membongkar satu ‘rahsia’ mengenai ibunya, Fazura ketika sedang bersiaran langsung.
Menerusi sesi live tersebut, Fatima yang terkenal dengan sifat petah dan bersahaja telah diajukan soalan ringkas oleh host iaitu sama ada dirinya masih single atau tidak. Dengan yakin, Fatima menjawab bahawa dia sememangnya masih single. Namun apa yang berlaku selepas itu benar-benar membuatkan ramai terkejut dan terhibur.
Tanpa diduga, Fatima terus menyambung jawapannya dengan mengatakan bahawa dirinya sahaja yang single, tetapi bukan ibunya. ‘Mummy ada boyfriend,’ katanya secara spontan. Jawapan jujur dan bersahaja itu terus mengubah suasana live apabila Fazura yang berada di situ kelihatan terkejut dengan pendedahan anaknya itu.

Wajahnya turut menunjukkan reaksi malu-malu sambil cuba mengawal keadaan. Lebih mencuit hati, Fazura dilihat seakan-akan mahu beredar daripada sesi siaran langsung tersebut selepas kenyataan yang dibuat oleh Fatima. Sementara itu, Fatima pula kelihatan begitu terhibur dengan situasi yang berlaku.
Jom tonton video di bawah :
@lobakmerahmy Comel je Fatima terspill yang mommy dah tak single 🤣 Video di atas bukan hak milik Lobak Merah dan kami telah meletakkan kredit kepada pemilik video. Sekiranya anda ingin menurunkan sebarang video, Sila DM kami dalam kadar segera. Terima Kasih! Jangan lupa untuk Like, Comment, Share dan Follow Lobak Merah! 🧡 Terima Kasih! #fyp #news #trends #berita
Ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi netizen yang terhibur dengan telatah ibu dan anak itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Hahahahaa she so smarttt, mommy got.. ah sudah,ni yg aku malas dia ikut live ni, abih dibuka yg xsepatutnya.. camtu je die spill.. “
” Hahaha trusss direct bagitahu yaa.. ok fine….gais dah boleh tutup buku…next…? adoii Fatima plak ter expose.. camtu je.. “
” Wahh mcm tu je fatima expose yee haha semoga baik2 je utk Fazura .. Pecah rahsia.. besar dah dia.. mommy nak lari dah.. “
Ramai menyifatkan Fatima sebagai seorang kanak-kanak yang sangat jujur dan spontan, manakala reaksi Fazura pula dianggap cukup comel dan menghiburkan. Agak-agaknya siapakah ‘ boyfriend‘ yang dimaksudkan oleh Fatima tu ye.

Apa-apa pun, momen santai tersebut berjaya mencuri perhatian ramai dan menjadi antara detik paling mencuit hati yang dikongsikan menerusi sesi live berkenaan. Kalau sudah anak kecil yang bercakap, memang susah hendak menapis apa yang terlintas di fikiran. Akhirnya, “rahsia mummy” pun habis kantoi di hadapan ribuan penonton.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Lobak Merah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” I tahu Daddy bukannya cinta pun I. Daddy memang kahwin dengan I sebab.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Di depan orang yang kita sayang, memang kita jadi superhero. Di depan orang yang kita tak sayang.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti4 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik tu dah mengantuk sampai dah keluar air liur. Terpaksa, haha.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Budak kuat membebel, Akira Juwita.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah, dah siap lagu pengantin baru. Romantis lagu, hebat Dida.. ” – Komen Netizen

