Artis / Selebriti
” Sorry ya kalau ada pihak yang tak selesa dan kurang senang. Untuk pengetahuan korang.. ” – Didi Astillah
Didi Astillah tampil membuat permohonan maaf atas perkongsian video prank sempena hari lahir mamanya, Eina Astillah semalam. Rupa-rupanya ini sebenarnya yang berlaku yang ramai tak tahu..
Semalam telah diadakan sambutan hari lahir ibu kepada Bella Astillah dan Didi Astillah iaitu Eina Astillah. Sambutan diadakan di Restoran Cili Kampung secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja.
Namun begitu, ada segelintir pihak yang mengecam prank yang dilakukan oleh Didi terhadap ibunya. Menerusi video yang dikongsikan sebelum ini, Didi berpura-pura bertengkar mulut dengan salah seorang pelayan restoren berkenaan. Ibunya dengan pantas memarah Didi dan akhirnya menyedari itu hanyalah prank sahaja.
Ada yang memberi komen mengatakan ini adalah prank low class dan macam-macam kecaman lagi yang diterima oleh mereka. Ada juga yang meminta supaya mereka menghormati YB Syed Saddiq yang merupakan Ahli Parlimen Muar yang turut berada di situ.

Oleh sebab itu, Didi akhirnya muncul membuat permohonan maaf secara terbuka kepada yang tidak selesa dengan perkongsian tersebut. Menurut Didi, video itu sebenarnya untuk tatapan di kalangan mereka sahaja. Namun ada yang terlepas memuatnaik video tersebut di media sosial sehingga menjadi viral.
Ikuti perkongsian di bawah :
Pelbaai respon yang diberikan oleh warganet terhadap perkongsian Didi ini. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan adalah :
” Didi kena berapa dass dgn mama semalam.. Tapi betul2 sheram tgk lakonan Didi smlm … mantap sgt.. Yg lama follow BA & DA mereka mmg hebat prank birthday.. “
” Bagus dd.. so open minded.. you are good actress.. hehe.. yg paling best bakal abg ipar kena prank jugak.. he’s cool man.. “
” Sy tgk dr positive side. Your mama really ajar anak dgn penuh adab. Adab comes first. Semua mama kena ajar anak mcm tu spy anak kte sume terdidik. Sbb tu DD n bella n circle u guys positive. Just my 2cents.. “
” Baikknye awakk…. x pela janji say sorry bru puas hti nurtizenn ni.. hehhe.. btw selamat hari lahir mama awak n bella.. “
” erfikir juga selalu bukan ke Didi pernah buat prank juga, but this time looks real @ mungkin 1st npk mama marah.. Happy Birthday Mama.. “
” Ini semua kenangan keluarga yang dicipta.. 1 hari nanti, mesti semua akan menangis mengimbau kembali pelbagai kenangan bersama.. Berjaya harungi warna warni kehidupan bersama.. “
” Lakonan mu didi mmg dn nmpk d situ mmg kena kaw2 sama mama eina… suka tgk mama eina tgur… tegas nya dia tu… boleh ka saya berguru sama mama eina.. “
Pujian harus diberikan kepada Didi kerana berani tampil meminta maaf kepada semua yang tidak selesa dengan perkongsian video itu. Ada juga yang memuji lakonan Didi yang nampak begitu real sekali. YB Syed Saddiq pun okey sahaja menurut Didi. Jadi tidak apa yang perlu kita semua risaukan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Lobak Merah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sangka Que boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri yang tak ada kat penyanyi lain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” YB dah stress, dah tepuk dada. Sekali YB pun terkena prank Didi, haha.. ” – Komen Netizen

